KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13 Empty
PostSubject: Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13   Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13 EmptyTue Feb 26, 2013 6:16 am

Semangat perdana menteri untuk melihat selangor kembali kepada barisan nasional sangat tinggi dan yakin akan perkara ini. Atas segela masalah di selangor yang berlaku Pembangkang dipalit pelbagai tuduhan dan kontrobesi sbb rakyat disusahkan.. walaupun mungkin kerajaan selangor tak mampu nak kawal semua benda lebih2 lagi isu air syabas..

PM akan realisasikan kemenangan BN di Selangor

SHAH ALAM: UMNO Bahagian Shah Alam yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor akan merealisasikan kemenangan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, kelak.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M.Zin berkata, imej dan kredibiliti Najib yang juga Pengerusi BN Selangor memberi impak positif terutamanya dalam meraih sokongan rakyat di negeri itu.
"Bagi kami kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, kita semua gembira dan ia merupakan satu suntikan semangat untuk semua jentera terutamanya di Shah Alam," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Parlimen Shah Alam di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja keras Perdana Menteri juga akan menjadi pendorong kepada anggota parti serta rakyat di Selangor untuk menilai sendiri usaha yang diberikan kepada mereka.

Najib akan bertindak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dan timbalannya ialah Koordinator BN Selangor Datuk Mohd Zin Mohammed seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN negeri itu, Sabtu lepas.

Pada Pilihan Raya umum 2008, BN memenangi lima daripada 22 kerusi Parlimen dan 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Ahmad Nawawi berkata, seramai 145 warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan miskin menerima bantuan bulanan dari JKM Shah Alam. Beliau berkata, bantuan itu merupakan kesinambungan bantuan yang diberikan kepada golongan memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

"Pakatan pembangkang sewajarnya mencontohi apa yang dilakukan kerajaan Persekutuan, bantuan tetap diteruskan walaupun tidak memerintah di beberapa negeri, jangan hanya pandai berjanji dalam manifesto tapi tidak melaksanakannya," katanya.

Ahmad Nawawi berkata, tiada pihak yang layak mempersoalkan bantuan yang diberikan kerajaanPersekutuan kerana ia berhak dinikmati rakyat seperti subsidi barangan keperluan harian terutamanya petrol dan diesel. - BERNAMA
Back to top Go down
 
Perdana Menteri yakin Rampas Selangor PRU13
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri
» Perdana Menteri tidak melawat Jenazah?
» Tengku Razaleigh Hamzah ditawar jadi perdana menteri?
» Skandal Isu Kontrak Petronas, Bekas Perdana Menteri Jawab
» Perdana Menteri datuk Seri najib umum peruntukan 28 juta pekebun kecil

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: