Tomato man
Posts : 267 DUIT gempakZ : 727 REPUTASI : 1 Join date : 2010-05-25
| Subject: Dengarnya Artis sopan sudah pandai merokok Wed May 26, 2010 2:06 am | |
| Dengarnya...: Artis sopan sudah pandai merokok!
ANTARA ramai pelakon wanita di Malaysia ini, Cik Normah sebenarnya sungguh berkenan dengan seorang pelakon yang muncul hasil kemenangannya pada sebuah pertandingan. Bagi Cik Normah, dirinya mewakili segala kelembutan, kesopanan dan keayuan wanita Melayu.
Cik Normah perhatikan, lakonannya juga boleh tahan. Maknanya, tidaklah dia berlakon umpama sebatang kayu atau seperti tiang telefon.Hidup jugalah watak yang diserahkan kepadanya.
Cuma, peluangnya untuk menyerlah nampaknya macam susah sangat nak dapat. Belum ada watak yang benar-benar membolehkan dirinya kedepan, walaupun pakej yang dimiliki sememangnya hampir sempurna. CikNormah percaya, jika dia diserahkan sebuah watak yang menonjol dalam filem mahupun telefilem atau drama, namanya akan melonjak dalam sekelip mata.
Pada ketika Cik Normah berharap nasibnya berubah dalam masa terdekat, lain pula cerita yang datang ke pendengaran. Khabarnya,artis yang satu ini sudah mula berubah perangai. Dia yang dulu penuh kesopanan, kini sudah mula menghisap rokok.
Apabila dia mula merokok, secara langsung pandangan orang padanya juga sudah agak berubah. Dia yang selalu dipandang sopan, kini membuatkan sesetengah rakan Cik Normah sendiri mula berkerut muka. Kata mereka, si pelakon ini takkan melakukan semua itu tanpa pengaruh rakan.
Bagi Cik Normah pula, harapan hanya satu - untuk melihat dia kembali melangkah maju dalam lakonan kerana peluangnya di depan memang besar. Kalau boleh juga Cik Normah tidak mahu tengok dia merokok lagi. Kekalkan imej ayu wanita Melayu yang pernah diberikan kepadanya.
dr bharian online >> jht sgt ke jd perokok?? mmmm.. | |
|