KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kalimah "Allah" Muhammad "Masjid ditemui atas batu

Go down 
AuthorMessage
semut api

semut api


Posts : 34
DUIT gempakZ : 86
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Kalimah "Allah" Muhammad "Masjid ditemui atas batu Empty
PostSubject: Kalimah "Allah" Muhammad "Masjid ditemui atas batu   Kalimah "Allah" Muhammad "Masjid ditemui atas batu EmptyWed May 26, 2010 11:20 am

Kalimah "Allah" Muhammad "Masjid ditemui atas batu Wp_02.1
Tulisan jawi membentuk perkataan ‘masjid’ tertera pada batu penahan longkang ditemui pelajar Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya, Bandar Jerantut, baru-baru ini.
–utusan/Haris fadilah ahmad

JERANTUT 9 Mei – Guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Jerantut Jaya di sini gempar apabila menemui kalimah huruf jawi menyerupai perkataan Allah, Nabi Muhammad dan masjid pada batu konkrit tembok longkang berdekatan surau sekolah itu baru-baru ini.

Tiga perkataan tersebut ditemui murid tahun tiga ketika mereka menuju ke surau untuk mengambil wuduk sebelum mengikuti kelas al-Quran di sekolah itu kira-kira pukul 3.30 petang.

Perkataan itu terletak berdekatan antara satu sama lain mengikut turutan bermula dengan kalimah Allah, Nabi Muhammad dan masjid di batu konkrit penahan longkang berukuran 20 sentimeter lebar dan 50 sentimeter panjang.

Seorang Guru Pendidikan Islam sekolah itu, Radziah Yunus berkata, penemuan itu disedari setelah salah seorang pelajar melangkah longkang berkenaan sebelum ternampak kalimah bertulisan jawi itu.

‘‘Saya bersama 17 murid lagi terus ke tempat berkenaan untuk melihat sendiri dakwaan sama ada ia benar-benar berlaku.

‘‘Kami terkejut melihat kalimah itu tertera di batu berkenaan dan terdapat satu lagi kalimah ‘masjid’,” katanya.

Berikutan itu, beliau terus memaklumkan kepada beberapa guru lain untuk mengesahkan tiga patah perkataan yang tertera pada batu berkenaan.

‘‘Saya bersyukur kerana dapat melihat sendiri kejadian ini kerana selama ini hanya melihat melalui media dan cerita pihak tertentu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Jerantut Jaya, Rodziah Mohd. Razali juga terkejut dengan penemuan kalimah berkenaan sambil berharap ia dapat menyuntik keinsafan diri di kalangan warga sekolah terutama murid.

‘‘Penemuan kalimah itu memberi kesedaran kepada murid agar menghayati kebesaran Ilahi,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Pejabat Kadi Jerantut yang datang untuk melihat penemuan itu, mengesahkan tiga kalimah tersebut adalah terbentuk secara semula jadi, bukan ukiran manusia.

‘‘ Pihak sekolah perlu memasang papan tanda supaya kalimah itu tidak dilangkah atau dipijak oleh orang ramai yang lalu-lalang ke surau berdekatan,” tambahnya.
Back to top Go down
 
Kalimah "Allah" Muhammad "Masjid ditemui atas batu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Udang bertuliskan Kalimah Allah
» Keindahan Masjid Putrajaya
» GAMBAR EKSKLUSIF RUMAH NABI MUHAMMAD SAW DAN KHADIJAH DI MEKAH
» Buaya ditemui di Belakang Umah Bungalow
» malu pada Allah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISLAM-
Jump to: