KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Isabella - Selasa, 9.00pm @ Astro Prima - Akan Datang

Go down 
AuthorMessage
ketambatu




Posts : 11
DUIT gempakZ : 33
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Isabella - Selasa, 9.00pm @ Astro Prima - Akan Datang Empty
PostSubject: Isabella - Selasa, 9.00pm @ Astro Prima - Akan Datang   Isabella - Selasa, 9.00pm @ Astro Prima - Akan Datang EmptyWed May 26, 2010 1:02 pm

Isabella bawa pelakon ke London, Paris
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my (Yang mengikuti rombongan penggambaran drama Isabella terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd di London &Paris, baru-baru ini)
2010/05/25

JIKA mengikut putaran musim, sepatutnya awal Mei bandar raya beriklim empat musim seperti London dan Paris sudah memasuki awal musim panas tetapi ketibaan rombongan penggambaran drama 26 episod, Isabella di sana masih disapa cuaca sejuk sekitar 5 darjah celsius.

Pun begitu kerja mesti diteruskan mengikut jadualyang sudah ditetapkan, tiada masa untuk 'menarik ' selimut. Selama seminggu berada di sana (dari 7 hingga 13 Mei), mereka bekerja tanpa mengira waktu dan setiap hari dapat melelapkan mata dua jam saja.

Rombongan itu diketuai produser drama itu, Rosyam Nor, yang turut berlakon.

Dualagi pelakon yang ikut serta adalah Vanidah Imran (Vee) dan Kartina Aziz. Penggambaran dirakamkan di destinasi pelancongan utama kota itu seperti di London Bridge, Sungai Thames, Big Ben dan berlatar belakangkan Eyes of London. Manakala di Paris pula, tentunya Menara Eiffle menjadi paparan utama.

Bukan mudah membuat penggambaran di negara orang kerana terpaksa menghadapi kerenah birokrasi dan banyak syarat mesti dipenuhi. Namun demi merealisasikan impian untuk memberi yang terbaik dan kelainan kepada penonton, Rosyam sanggup lakukan apa saja. Berbekalkan tiga kamera, segala tugasan diatur rapi dan setiap petugas sedia faham tugas masing-masing kerana melengahkan kerja bererti peningkatan ringgit. Menurut Rosyam, inilah kali pertama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, membuat penggambaran di luar negara. Drama arahan Amy Maziah itu bakal disiarkan di Astro Prima, mulai 6 Julai ini. Rosyam ingin menjadikan Isabella karya paling ditunggu penggemar drama Melayu khususnya untuk penonton Astro Prima kerana agak lama juga pelakon yang juga usahawan itu tidak menerbitkan drama untuk stesen TV berbayar.

"Apabila kerjasama antara saya dengan Astro kembali terjalin, saya nekad memberikan yang terbaik. Lantaran saya mengambil keputusan melakukan sebahagian penggambaran Isabella di luar negara. London dan Paris menjadi pilihan kerana sesuai dengan jalan cerita. "Untuk mendapatkan hasil terbaik, saya mengambil petugas, pengarah dan pelakon terbaik serta ada nilai komersial. Menerusi drama ini juga, kali kedua saya berganding dengan Vee selepas lama kami tidak berlakon sama. "Amy Maziah misalnya sebelum saya mengambilnya sebagai pengarah pernah menjadi penolong pengarah kepada pengarah hebat seperti Rashid Sibir, Erma Fatima, Kamal Ishak, Aziz M Osman dan Bade Azmi. Sepanjang saya bekerja dengan Amy, sentuhannya sangat bagus dengan lakon layar menarik dan paling penting menepati cita rasa penonton," katanya.

Menjadi kegemaran Rosyam juga mengambil lagu lama terutamanya nyanyian kumpulan Wings dan Search sebagai lagu tema drama terbitannya kerana katanya dia membesar dengan lagu itu. "Ramai tanya kenapa? Jawapannya, sejak usia remaja sehingga beranak-pinak saya mendengar lagu itu dan terus sebati dengan jiwasaya. Secara tidak langsung saya juga membantu industri muzik tanah air dengan mengembalikan kegemilangan lagu yang pernah popular pada era1980-an," katanya.

Kata Rosyam, cabaran bekerja di luar negara pastilah dari segi logistik dan bajet.

"Penggambaran di London dan Paris menelan belanja RM100,000. Sebanyak 26 babak dijayakan di sana. Petugas bekerja dari awal pagi sehingga tengah malam. Mujur siangnya lebih panjang dari malam, jadi banyak penggambaran boleh dilakukan dalam sehari.

"Bagi melancarkan lagi penggambaran dan mengikut jadual, babak yang tidak memerlukan kami bertiga ada bersama, petugas penggambaran berpecah dua kumpulan. Jadi kami tidak perlu tunggu sehingga sesuatu babak itu siap kerana cara itu membuang masa. "Vee memang pelakon hebat, setiap penggambaran cuma sekali atau dua kali 'take' saja. Begitu juga dengan Kartina yang dapat menjiwai watak dengan baik dan sentiasa bersedia. Mereka sudah menghayati watak masing-masing sejak di Malaysia lagi," katanya.

Memandangkan jadual kerja sangat padat, selepas balik dari Paris, Rosyam membenarkan petugasnya berehat sehari untuk berjalan-jalan di kota London untuk membeli-belah.

"Kasihan juga mereka dapat tidur dua jam sehari. Jadi saya beri mereka cuti sehari untuk makan angin. Itu pun, pada awal pagi Vee masih ada satu babak yang perlu dirakamkan di sekitar pangsapuri tempat kami menginap. Ia memenatkan tapi itulah pengorbanan untuk peminat,"katanya. Malah pada malam sebelum rombongan berangkat pulang ke Malaysia, petugasnya tidak tidur kerana perlu menyiapkan semua babak yang belum selesai "Kalau tertinggal saja satu babak, pincanglah nanti Isabella. Kalau di tempat kita bolehlah curi masa buat semula,"ujarnya.

Kisah Isabella bermula apabila keluarga Isabella (Vee) membawanya balik dari luar negara dalam keadaan tertekan dan emosi yang tidak stabil. Kemalangan yang menimpanya di luar negara menyebabkan kekasihnya, Benjamin (Corrine) mati. Kematian Benjamin dan kecederaan yang dialami Isabella sendiri membuatkan dia trauma dengan tragedi itu. Ibu bapanya, Borhan dan Kasmah (Raja Norbaizura) membawa Isabella bertemu pakar jiwa untuk mendapatkan rawatan. Selepas beberapa bulan, Isabella hampir pulih dan mula melupakan kesedihannya.

Pada masa sama, Isabella berkenalan dengan seorang pesakit Dr Rahim yang lain iaitu Nazman (Rosyam) yang turut mengalami trauma dan gangguan emosi selepas kematian isterinya yang sedang mengandung. Oleh kerana mengalami tragedi hampir sama, mereka mula tertarik antara satu sama lain dan seterusnya bercinta. Selepas Isabella dan Nazman pulih, mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Namun begitu, pelbagai masalah timbul dan Isabella didatangi seorang gadis bernama Vivian yang mengaku kenalan lama Benjamin. Siapakah Vivian yang sebenar?

Untuk mengetahui konflik yang melanda Nazman dan Isabella, jangan lupa menyaksikan Isabella di Astro Prima bermula 6 Julai ini, setiap Selasa, jam 9 malam.
Back to top Go down
 
Isabella - Selasa, 9.00pm @ Astro Prima - Akan Datang
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Apa perlu dilakukan tatkala wanita datang bulan
» BN hanya akan menang 5 kerusi?
» UTM Akan Komersialkan Pengesan Sindrom Down 'Trisomi 21'
» JPJ akan umumkan`Sakaratul Maut' di Jalanraya!
» Tun Dr Mahathir Ramalkan BN akan menang PRU13

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: