KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Rahsia Berkesan - Tak Takut Berkhatan

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Rahsia Berkesan - Tak Takut Berkhatan Empty
PostSubject: Rahsia Berkesan - Tak Takut Berkhatan   Rahsia Berkesan - Tak Takut Berkhatan EmptyWed May 26, 2010 2:19 pm

Rahsia Berkesan - Tak Takut Berkhatan 012

" Musim cuti sekolah ini memang sudah menjadi kebiasaan Ibu Bapa untuk membawa anak-anak berjumpa “Tok Mudim”. Sebut jer Tok Mudim budak-budak memang dah pucat lesi punya. Walau macamanapun, Tok Mudim sekarang taklah seperti Tok Mudim zaman kita dulu.. Tok Mudim sekarang yang serba serbi canggih.

Namun, canggih-manggihpun mana ada budak-budak tak takut bila dengar perkataan “Bersunat/Berkhitan-Berkhatan”? semuanya tangkap gigil punya….. lagi-lagi dengar cerita-cerita ‘nakal’ dari pengelaman abang-abang kat kampung….

Siap ada yang lari, sembunyi tak keluar-keluar sehingga selesai acara “Berkhitan Beramai-ramai” yang ditaja oleh Y.B atau sebagainya.

Dalam artikel yang pendek ini saya hanya ingin “Berkongsi Pengalaman-dalam-mendidik anak” sehingga mereka (anak-anak lelaki) tidak sedikitpun rasa takut hendak ‘Bersunat’. Ini berlaku kepada dua orang anak lelaki saya sendiri. Sebenarnya sayapun tidak menyangka bahawa didikan ISLAM yang saya terapkan selama ini “menghasilkan” satu bukti keajaiban dalam kehidupan seharian.

Apa yang saya tekankan dalam didikan kepada anak-anak ialah seperti apa yang diperintahkan oleh Junjungan Besar Nabi kita Muhammad S.A.W, iaitu; “Menyuruh anak-anak melaksanakan SOLAT ketika mereka berumur 7 tahun…….” (Mafhum Hadith). Terus terang saya katakan bahawa saya tidakpun pernah menyuruh anak-anak bersolat, akan tetapi mereka telah mula ikut solat ketika umur mereka sekitar 4 dan 5 tahun. Mula-mula mereka tercengang melihat kami (ibu bapa dan anak-anak) solat, lama-lama ia cuba untuk mengajuknya dari segi perbuatan (di belakang) dan akhirnya dia akan mengikut bacaan Imam (bapa). Saya ikuti perkembangan tersebut dengan menghadiahkannya songkok dan sehelai sejadah dibentangkan dibahagian belakang (belakang daripada mereka yang telah berkhitan). Lama-lama ia terbiasa menjadi makmum lalu sejadah khas dibelikan untuknya. Ini diteruskan dengan mengajarnya cara-cara mengambil air sembahyang dan seterusnya cara sembahyang dengan betul secara “LISANUL HAL/PRAKTIK” setiap hari dari semasa kesemasa. Akhirnya dia akan BANGGA terus berjemaah bersama keluarga.

Perlu diingat bahawa mereka (anak-anak lelaki) tidak sekali-kali dibenarkan untuk berada di barisan hadapan kerana barisan hadapan adalah dikhaskan untuk mereka yang telah berkhitan sahaja. Mereka juga tidak boleh (jangan sekali-kali) dibawa ke mesjid samada untuk sembahyang berjemaah lima waktu apatah lagi Solat Jumaat. Ini dilarang kerana kalau mereka berada dalam barisan org dewasa/ yg sudah berkhitan, akan menyebabkan barisan/saf itu dikira TERPUTUS. Kalau mereka terpijak kaki orang dewasa menyebabkan orang yang dipijak itu batal sembahyangnya kerana menanggung najis dalam kulup mereka. Semua itu hanya akan dibenarkan setelah mereka berkhitan. Apabila mereka tidak dibenarkan untuk mengisi barisan hadapan dan tidak pulak dibawa ke masjid untuk solat lima waktu atau Solat Jumaat, mereka akan merasakan sesuatu iaitu KEKURANGAN SYARAT. Pada masa yang sama mereka merasa sudah terlalu lama mereka menjadi PREBET yang asyik duduk belakang dan tak boleh ikut ke mesjid. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkhitan pada usia seawal 5 tahun. Mereka tidak takut dikhitan bahkan tidak sabar untuk dikhitankan.

Anak lelaki saya yang pertama (saya ada dua anak lelaki) minta dikhitankan pada hari Majlis Berkhitan Beramai-Ramai dilakukan di kampung. Dia memaksa untuk ikut serta pada ketika itu juga (ketika itu dia masih Tadika 1 atau 5 tshun)…… “harulah!!! orang semua dah daftar lama… mana boleh.” Berbagai alasan terpaksa diberikan untuk tidak mengikut keinginannya ketika itu. Akhirnya ibunya berjanji untuk mengkhitankannya bersama dengan adiknya yang muda 3 tahun darinya. Akhirnya ketika adiknya dalam Tadika 1 (5 tahun) dan dia sendiri ditahun 2 (8 tahun) -kalau tak silap- meraka telah dikhitankan disebuah Klinik Swasta.

Selepas itu mereka dibenarkan membarisi barisan hadapan dan ikut berjemaah ke masjid. Mereka dengan bangga akan menyuruh adik-adik sepupu mereka berbaris dibahagian belakang kerana belum berkhitan. Mereka merasa sudah memenuhi syarat, naik pangkat dan berbagai perasaan bangga dan hebat…. Macam orang dewasa??? Itulah agaknya perasaan mereka ketika itu.

Dari sembahyang berjemaah di belakang ayahnya mereka secara tidak langsung mempelajari kaedah bacaan yang betul iaitu bertajwid dan menjaga ‘fasohah’ kebolehan mereka sentiasa diuji dengan menyuruh mereka ‘Iqama’ bergilir-gilir. Seterusnya mereka diminta membaca doa’ selepas solat setelah diminta mengikutnya setiap hari, apatah lagi apabila mereka diajak bersama membaca Surah Ya Sin pada setiap malam Jumaat. Diperkukuhkan lagi dengan pelajaaran di sekolah akhirnya mereka tiada masaalah untuk membaca segala rukun ‘qauli’. Sesekali ayahnya tiada dirumah kerana ada tugas di luar, siabang akan memimpin solat.

Demikianlah serba ringkas kisah sebuah pengalaman sebenar bagaimana mudahnya Islam itu jika diamalkan mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan RasulNYA S.A.W. Syaratnya hanya SATU iaitu “TAAT”.

WaLlahu a’alam.
Back to top Go down
 
Rahsia Berkesan - Tak Takut Berkhatan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tip: Adakah Berlari Berkesan Untuk Kuruskan Badan?
» Rahsia Pemakanan Genius Islam
» lintang pukang lari berBUGEL takut kena cekup khalwat
» Rahsia anak pintar
» Rahsia pembinaan Piramid Firaun

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: KESIHATAN & KEDOKTORAN-
Jump to: