KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Niyang Rapik: Filem Seram Pengembaraan

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Niyang Rapik: Filem Seram Pengembaraan Empty
PostSubject: Niyang Rapik: Filem Seram Pengembaraan   Niyang Rapik: Filem Seram Pengembaraan EmptyWed May 26, 2010 2:25 pm

Niyang Rapik: Filem Seram Pengembaraan 222010_niyangrapik(a)

KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI 2010 : Selepas kejayaan drama bersiri Puaka Niyang Rapik yang mencatat jumlah rating tertinggi iaitu sebanyak RM4 juta penonton di kaca televisyen, drama bersiri itu kini beralih ke layar perak dengan judul Niyang Rapik dan bakal dipertontonkan di pawagam bermula pada 25 Februari ini.

Menurut pengarahnya, Ahmad Idham, filem ini berbeza dengan drama bersiri terutama pada konsep jalan cerita, malah filem Niyang Rapik mengetengahkan isu yang lebih matang dan menarik. Filem seram ini mengisahkan 4 pemuda yang mengharungi pelbagai peristiwa menakutkan ketika berusaha untuk mencari jawapan di atas kematian kawannya.

"Idea asal ceritanya memang daripada saya sendiri dan kami mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan skripnya. Dalam filem ini saya tampilkan konsep horror adventure yang mana ia lebih berbeza dengan filem-filem seram yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

"Jika kita tengok pada lokasi penggambaran pun memang ada unsur-unsur adventure. Nak sampai ke sana kami terpaksa menaiki bot selama 5 jam. Alhamdullilah, sepanjang proses pengambaran kami tidak menghadapi masalah," katanya ketika ditemubual selepas Majlis Pratonton filem tersebut di Cathay, e-Curve, Damansara petang tadi.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.6 Juta ini telah melalui proses penggambaran selama 10 hari di lokasi utama iaitu di Tasik Kenyir, Terengganu. Lokasi lain termasuklah di Bukit Cerakah, Shah Alam serta di sekitar Kuala Lumpur.

"Kami percaya ia mampu memukau perhatian penonton dengan pemandangan dan sinematografi yang indah. Bukan sekadar menarik, lokasi ini dipilih kerana ia amat bersesuaian dengan jalan cerita untuk menghidupkan sebuah perkampungan yang terpencil tanpa jalan darat dan bekalan elektrik.

"Saya sering berkunjung ke Tasik Kenyir untuk memancing dan pernah bercita-cita untuk mengadakan penggambaran di sini dan saya rasa ia adalah lokasi yang paling sesuai untuk penggambaran filem Niyang Rapik dibuat," tambah Idham.

Niyang Rapik dibintangi Awal Ashaari sebagai Amir, Kamal Adli (Helmi), Shaheizy Sam (Zizan), Zed Zaidi (Saiful), Liyana Jasmay (Laila) dan Fizz Fairuz (Zack). Ia turut dilakonkan oleh pelakon berpengalaman seperti Nasir Bilal Khan (Tok Neram), Shahrol Nizam (Pak Salleh), Ahmad Tarmimi Siregar (Bomoh) dan Dian P. Ramlee (Ibu Zack).

Ia merupakan filem ke-3 terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd, manakala MIG Productions Sdn. Bhd (MIG) bertindak sebagai pengedar dan promosi filem. Ketua Pengarah Eksekutif MIG, David Teo, berkata Niyang Rapik yang mula ditayangkan pada 25 Februari ini mensasarkan jumlah kutipan sebanyak RM4 Juta.

Sinopsis

Kisahnya bermula dengan kematian Zack secara misteri. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi, Saiful, Zizan dan Amir.

Mereka semua merupakan pelajar lepasan universiti dalam jurusan Kajian Sejarah. Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik.

Setelah diselidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah kerambit lama dari kampung Niyang Rapik sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di sana.

Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula kerambit tersebut. Untuk ke Kampung Niyang Rapik mereka perlu melalui jalan air selama sehari suntuk memandangkan tiada jalan darat yang boleh sampai ke Niyang Rapik.

Dalam perjalanan mereka berbagai kejadian pula telah berlaku. Bermula dengan Zizan yang tiba-tiba merasa kepanasan yang teramat semasa tidur seperti ada orang yang cuba untuk santaukan Zizan.

Gangguan puaka rimba juga berlaku terhadap mereka berempat. Keadaan menjadi semakin menyeramkan untuk mereka berempat seperti ada sesuatu yang mengekori dan melihat mereka dari jauh.

Keesokannya mereka berempat meneruskan perjalanan sehingga tiba ke Kampung Niyang Rapik. Setibanya mereka di sana mereka di sambut oleh anak gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Laila adalah anak Tok Neram, Penghulu yang banyak membantu mereka berlima semasa menjalankan kajian di Niyang Rapik dahulu.

Kehadiran Laila seakan misteri. Laila tak banyak bercakap dan dia cuma akan hadir apabila senja menjelang dan tidak akan kelihatan sewaktu siang.

Kerambit telah dipulangkan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan ke atas mereka berempat semakin menjadi-jadi. Kali ini Helmi pula yang terkena. Matanya seperti terkena santau bisa buluh.

Helmi menggosokkan matanya dan apabila di buka mata Helmi amat terkejut sebab dia dapat meilhat benda yang ghaib termasuk hantu. Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai kerambit tersebut sebagai punca ternyata salah.

Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Apakah kesalahan besar itu? Nantikan kemunculan Niyang Rapik pada 25 Februari di seluruh pawagam negara.

Sumber: Murai.com
[b]
Back to top Go down
 
Niyang Rapik: Filem Seram Pengembaraan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Karak: Filem seram KRU Production directed by YUsry (KRU)
» Seram: Bukan mimpi hantu tapi basikal
» KL Gangster > Filem terbaru Syamsul Yusof
» Peminat bijak memilih Filem berkualiti
» Misteri dan seram dalam drama Penunggu Gunung Raya

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: