KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Erra Fazira & Aaron Aziz

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Erra Fazira & Aaron Aziz Empty
PostSubject: Erra Fazira & Aaron Aziz   Erra Fazira & Aaron Aziz EmptyWed May 26, 2010 2:28 pm

Peluang berlakon bersama isteri Engku Emran adalah impian Aaron Aziz sejak bergelar artis

BUAT pertama kalinya, gandingan wajah eksklusif personaliti Astro, Erra Fazira dan Aaron Aziz muncul menerusi telefilem Cinta Lelong yang disiarkan menerusi Astro Ria setiap Jumaat mulai jam 9.30 malam. Ini adalah gandingan pertama dua pelakon berbakat besar ini selepas dilantik sebagai artis eksklusif Astro sejak tahun lalu.

Sudah tentu gandingan kedua-dua pelakon hebat itu dalam menjayakan telefilem ini memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama dan mencurahkan pengalaman berbeza bagi menjayakan telefilem pertama arahan Michael Ang.

Menurut Aaron, gandingan pertama bersama primadona filem Melayu, Erra Fazira adalah impiannya sejak bergelar artis.

“Pada mulanya saya agak terkejut apabila ditawar akan bergandingan bersama Erra. Ini adalah peluang saya untuk bekerjasama dengannya bagi berkongsi pengalaman yang banyak ditimba selama ini.

“Memang saya seronok apabila ditawar untuk bergandingan bersama Erra, tetapi yang lebih teruja apabila mendengar berita itu adalah isteri saya sendiri. Dia memang meminati Erra sejak dulu lagi dan apabila mengetahui saya akan bergandingan dengan dia di dalam telefilem ini dia memberi semangat kepada saya.

“Pada mulanya saya agak kekok maklumlah dia berpengalaman luas di dalam bidang lakonan dan pernah digelar sebagai primadona filem Melayu, tetapi kerana kerja dan semangat isteri saya terima,” katanya yang ditemui pada sidang media Cinta Lelong baru-baru ini.

Menurut Aaron, watak Azrul yang dipegangnya di dalam telefilem ini agak ringan berbanding watak yang pernah diterima sebelum ini, namun agak sukar untuk mendapatkan keserasian bersama Emma lakonan Erra Fazira.

“Saya mengaku agak sukar untuk mendapatkan keserasian bersama Erra pada mulanya. Biarpun watak saya dan Erra agak ringan di dalam telefilem ini namun agak berat buat saya.

“Erra adalah pelakon yang profesional dan saya seronok bekerjasama dengannya. Ini adalah telefilem pertama saya bergandingan dengannya dan sejak itu kami terus digandingkan dalam beberapa drama lain. Selepas drama ketiga barulah saya mendapat keserasian,” katanya.

Cinta Lelong adalah telefilem pertama Erra selepas bergelar ibu. Tawaran ini diterima dari Michael Ang sebaik habis berpantang Februari lalu.

“Sebaik habis berpantang, saya menjalani program Gugu Gaga Erra bersama pengarah Micheal Ang. Selepas itu saya terus menyambung penggambaran telefilem ini.

“Jika dilihat keadaan saya pada masa itu masih gemuk lagi dan tidak sempat menguruskan badan lagi. Saya menerima tawaran ini kerana buat pertama kali bergandingan bersama Aaron dan berminat dengan watak yang diberikan.

“Bagi saya Aaron seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap, namun mempunyai bakat yang besar di dalam bidang lakonan. Dia cukup profesional dalam kerjayanya.

“Di dalam telefilem ini kami adalah peniaga yang berjiran di sebuah pasar borong dan sering bergaduh kerana ingin menarik pelanggan datang ke gerai masing-masing. Akhirnya kami bercinta di dalam telefilem ini.

“Untuk mendapatkan keserasian kami selalu berbincang untuk membawakan watak ini seperti yang diinginkan pengarah. Kami perlu membuat skrip sendiri untuk menampakkan ia lebih hidup,” katanya yang turut merasai pengalaman baru apabila melakonkan suatu karakter berbeza dari lakonannya sebelum ini.

Cinta Lelong tulisan dan arahan pertama Micheal Ang mendapat ilham secara spontan apabila sering berkunjung ke pasar borong di Taman Tun Dr Ismail.

Menurutnya, idea itu timbul apabila melihat satu lokasi yang unik dengan persekitaran yang berbeza namun menjadi kunjungan oleh pelbagai golongan di negara ini.

“Saya selalu ke pasar borong untuk membeli pelbagai keperluan harian, di sini saya lihat persekitarannya cukup menarik kerana pelbagai kaum sering datang untuk mendapat keperluan harian.

“Walaupun tempatnya agak busuk dan hanyir dengan bau ikan tetapi menjadi tumpuan orang ramai. Secara tidak langsung menerusi telefilem ini juga saya dapat menyahut saranan Perdana Menteri mewujudkan 1Malaysia di dalam karya saya,” katanya.

SINOPSIS:

Cinta Lelong mengisahkan Emma yang terpaksa membantu bapanya di kedai pasar basah bagi mendapatkan duit bagi melunaskan hutang pemiutang haram. Pelbagai cara dilakukan Emma untuk melariskan perniagaannya sehinggalah mereka sering bertengkar dengan Azrul jiran di kedainya.

Telefilem ini turut dilakonkan oleh Vanessa Chong, Kencana Dewi, ChristoPher dan watak tambahan seperti Engku Emran, Nikki, Nubhan dan Juliana.
Back to top Go down
 
Erra Fazira & Aaron Aziz
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Erra Fazira sebagai Tun Dr Siti Hasmah?
» Zed zaidi kecewa Aaron Aziz memang Bintang paling Popular?
» Surat Mengesahkan Aaron Aziz telah Bercerai dengan isterinya
» Shamsul Yusof Hebat dalam KL Gengstar.. Aaron Aziz terus unggul
» Bekas Hakim India Kagum Ngan Nik Aziz!!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: