mawar_hijau
Posts : 112 DUIT gempakZ : 229 REPUTASI : 2 Join date : 2010-05-27
| Subject: RAHSIA MINYAK KELAPA SAWIT Fri May 28, 2010 5:37 am | |
| Believe it or not! Percaya atau tidak, namun itulah yang dipaparkan dalam berita yang dilaporkan oleh BERNAMA beberapa ketika dahulu. Berikut saya petik artikel tersebut yang melaporkan tentang rahsia minyak kelapa sawit yang tidak diketahui ramai. PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda? Malahan sudah terdapat segelintir penduduk dibeberapa negeri iaitu di Selangor dan Negeri sembilan telah menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya. Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya. Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: “Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sintetik, tetapi kita tidak tahu mengenainya.” Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara. Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka. Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku, katanya. Harga minyak pelincir keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentetik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200. Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta. Haaa…amacam? Ada yang berani ke untuk guna minyak kelapa sawit bagi menggantikan minyak hitam untuk enjin kereta anda?? Tak cuba maka tak tahu…anda berhak menyatakan pendapat anda | |
|