KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 GOSIP PANAS: Artis imej baik dah jadi songsang?

Go down 
AuthorMessage
semut api

semut api


Posts : 34
DUIT gempakZ : 86
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

GOSIP PANAS: Artis imej baik dah jadi songsang? Empty
PostSubject: GOSIP PANAS: Artis imej baik dah jadi songsang?   GOSIP PANAS: Artis imej baik dah jadi songsang? EmptySat May 29, 2010 2:34 pm

dapat dr satu keratan ehem2:

NILAH yang dikatakan buah cempedak menjadi nangka. Memang SS tak sangka dan susah nak percaya dengan cerita yang baru didengar ini. Memang SS tak pernah duga. Takkanlah artis yang selama ini begitu setia dan sayang kepada isterinya, sanggup terjebak dengan gejala songsang. Mustahil.

Namun, selepas rakan SS beria-ia meyakinkan SS akan ceritanya itu kerana dia yang nampak sendiri, terpaksalah SS mengalah. Jika selama ini artis itu menjadi pujaan SS sendiri, selepas dengar cerita itu, terpaksalah SS mencari pelakon pujaan yang baru. Itulah hakikat hidup di dunia ini, tiada yang pelik.

Cerita yang SS dengar ini sebenarnya dah banyak berlaku tapi apabila ia membabit aktor ini, macam SS cakap tadi, memang susah nak percaya.

Ketampanannya juga menjadi idaman ramai peminat wanita. Tapi sebab ada keluarga selepas berlakon, dia akan terus balik rumah bermain dengan anak. Bertuah sungguh isterinya, bukan saja dapat suami yang kacak tapi berjaya dalam kerjaya dan pada masa yang masa, sangat mementingkan rumah tangga. Bagaimanapun, kehidupan dalam dunia hiburan terlalu banyak godaannya. Insiden terjadi di satu lokasi penggambaran drama, baru-baru ini. Rakan SS suka sangat apabila ternampak kelibat artis pujaan itu di situ. Kebetulan. Kata hatinya, tak dapat berlakon pun tak apalah, janji dapat jumpa dan senyum-senyum dengan aktor itu.

Tapi hari itu, aktor itu tidak berlakon pun. Dia tiba-tiba muncul di lokasi itu kerana katanya datang menemani dan menjenguk seorang pelakon lelaki baru yang boleh tahan juga kacaknya. Pelik, aktor itu memang laris 'shooting' sana-sini, ada masa pula nak bagi kaunseling. Kalau sekejap tu tidak mengapa, ini dari pagi sampai petang! Kata kawan SS, dia tengok 'body language' mereka nampak lain macam saja. Apabila pelakon baru itu 'break', mereka akan duduk satu sudut berborak dan bermesra macam orang bercinta. Pelik juga. kalau pelakon cilik atau pelakon kanak-kanak boleh juga kita temankan. Ini tidak, kawannya itu dah besar panjang, takkan tak boleh bawa diri kot? Inilah dunia, apa saja boleh berlaku. Orang yang selama ini kita tengok begitu baik, jarang ada gosip liar, terkenal dengan imej sebagai suami dan ayah mithali pun sukar untuk menepis godaan. Lupa pula SS nak minta rakan itu menyiasat sejak bila artis itu ada 'cita rasa' baru. Patutlah selama ini dia tidak pernah digosipkan dengan mana-mana artis atau peminat wanita. Sekali fikir, bahaya juga kalau kacak bergaya, tetapi tidak dihimpit wanita. Semua ada udang di sebalik batu.
Back to top Go down
 
GOSIP PANAS: Artis imej baik dah jadi songsang?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ibu bantu GOSIP kemenangan Shaheizy Sam?
» Kolam air panas di Jepun
» Nasi Minyak Hujan Panas
» [Panas] Sos Cili 1 Malaysia Merbahaya !
» Ajai tidak melatah gosip penyebaran gambarnya dengan wanita lain

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: