KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik

Go down 
AuthorMessage
adiozz

adiozz


Posts : 39
DUIT gempakZ : 74
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-28

SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik Empty
PostSubject: SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik   SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik EmptyWed Jun 02, 2010 9:57 pm

SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik 015488997
majlis perasmian Festival Belia Terbesar Malaysia bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Turut kelihatan Pengarah Urusan Belia Asia, Joel Neoh, Timbalan Presiden Pemasaran Celcom Axiata Berhad Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed. - Foto SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Kurang dari dua bulan produk SimplySiti dilancarkan, perkhabaran gembira sudah menjengah ke telinga penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila produk itu menerima anugerah Produk Halal Terbaik yang diberikan oleh Majalah Halal Journal.

Siti Nurhaliza ketika ditemui selepas sidang media Festival Belia Terbesar Malaysia 'Youth 10' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini melahirkan rasa syukur di atas pengiktirafan itu.

"Pada mulanya Siti dan rakan kongsi agak terkejut dengan berita itu dan ternyata usaha kami terbayar selama ini. Dengan anugerah ini diharap dapat menaikkan lagi semangat Siti untuk memperluaskan empayar produk SimplySiti," katanya. Menurut Siti lagi, dengan penganugerahan itu dapat menutup mulut sesetengah pihak yang meragui status halal dan kebersihan produk keluaran syarikatnya.

"Apabila mendapat status produk halal terbaik itu diharap produk ini akan lebih diterima ramai kerana ia telah terbukti Halal dan bersih.
"Sudah tentu produk yang dikeluarkan mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan anugerah ini diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai terhadap produk ini," katanya.
Jelasnya, misinya kini satu, ingin menjadikan produknya sebaris dengan jenama antarabangsa yang lain dan akan melipat gandakan usaha untuk mencapai misinya itu.

Ini dibuktikan apabila Siti memberitahu beliau dan dua rakan kongsinya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Normaziah Sheikh Mohamed akan berangkat ke Korea Ahad ini untuk perbincangan lanjut mengenai produk terbarunya yang dijangka akan berada dipasaran sebelum hujung tahun ini.

"Lawatan kami ke Korea pada Ahad ini adalah untuk melihat teknologi terbaru dan memilih bahan-bahan yang sesuai untuk keluaran akan datang selain perbincangan lanjut mengenai produk SimplySiti," katanya.
Dalam pada itu juga, penyanyi berusia 31 tahun itu memberitahu, satu rangkaian produk edisi khas untuk hari raya dan pewangi akan dilancarkan khas untuk peminatnya.

Sementara itu, Siti memberitahu pada 6 Jun ini beliau akan melakukan lawatan ke Kuching, Sarawak bagi mempromosikan produk SimplySiti.
Pelancaran produk itu yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Mac lalu menggunakan tagline 'Rahsiaku kini milikmu...',.

Rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit wanita itu menampilkan produk seperti SimplySiti C Bright , SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.
Rangkaian kosmetik SimplySiti termasuklah rangkaian Wajah Sempurna, rangkaian mekap mata SimplySiti Mata Bercahaya dan rangkaian mekap bibir SimplySiti For Your Lips Only.
Back to top Go down
 
SimplySiti Terima Anugerah Produk Halal Terbaik
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ulasan awal Anugerah juara lagu ke-25
» Ulasan tentang Kemenangan Ana Rafali di Anugerah Juara Lagu 25
» Mahasiswa Amerika Syarikat Protes Boikot Produk Yahudi
» Nur Fazura hormati permintaan ibu, terima tawaran berlakon dengan syarat
» Anugerah Bintang Popular 2011 [senarai TOP 5]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: