KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Pierre Harap 'Hijab' Jadi Karya Agung

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Pierre Harap 'Hijab' Jadi Karya Agung Empty
PostSubject: Pierre Harap 'Hijab' Jadi Karya Agung   Pierre Harap 'Hijab' Jadi Karya Agung EmptyThu Jun 03, 2010 2:03 am

Oleh WAHIDUZZAMAN

Pierre Harap 'Hijab' Jadi Karya Agung 015199249
Pierre harap filem Hijab bakal jadi karya agungnya. - Foto oleh RAYMOND OOI

PIERRE Andre pernah berkata, selagi ada hayat dan kreativiti dia tidak akan berhenti berkarya. Sekalipun, namanya hampir 'berkubur' sebelum ini ekoran kontroversi dengan produser David Teo, berkat komitmen dan cintanya terhadap bidang ini, dia kembali dengan filem terbaru, Hijab.

Ketika ditanya mengenai keistimewaan Hijab di matanya, pemilik nama sebenar Mohd Pierre Andre Nazarul Andre ini berkata, naskhah bergenre seram itu punya garapan dan kekuatan jalan cerita yang lebih baik daripada karya terdahulu, Jangan Pandang Belakang (JPB).

Mengakui dirinya diberi kepercayaan dan kebebasan sepenuhnya oleh penerbit filem, YB Pictures Sdn Bhd, Pierre juga berharap filem itu bakal menandakan kemunculan semulanya ke persada filem tanah air.

"Saya harap dengan penghasilan filem ini bakal menandakan kemunculansemula saya dalam dunia pengarahan filem dan industri seni tanah air.

"Kepercayaan dan kebebasan yang diberikan oleh penerbit pada saya pasti akan saya pergunakan sebaiknya untuk hasilkan karya terbaik, insya-Allah," katanya.

Malah, berbekalkan kepercayaan penerbit dan komitmen Pierre, tidak keterlaluan bagi anak dramatis Khatijah Tan ini mengharapkan Hijab menjadi karya agungnya sejak mula berkecimpung dalam dunia seni.

"Filem ini sangat istimewa kerana garapan yang saya berikan punyasentuhan peribadi dan lebih dinamik, selain jalan cerita yang lebih 'kuat' daripada JPB.

"Malah, saya juga berharap Hijab akan menjadi karya agung saya kerana sentuhan dan komitmen yang saya berikan adalah sangat besar," katanya lagi.

Menyentuh tentang filem yang ditulisnya sejak berusia 18 tahun itu, Pierre berkata, kelainan aspek seram yang diterapkan dalam Hijab difokuskan pada penggunaan kamera dan teknik sinematografi.

Menurut Pierre, mood seram akan dibina menerusi penggunaan teknik kamera handheld seperti filem Blair Witch Project dan Paranormal Activity yang mengikut pergerakan watak hinggakan penonton berasa seolah mereka berada dalam filem itu.

Bagi mengimbangi teknik sinematografi itu, plot filemnya akan disampaikan secara langsung agar tidak membebankan fikiran penonton.

"Mood seram yang akan saya ketengahkan dalam Hijab berbeza daripada mana-mana karya seram yang pernah saya hasilkan sebelum ini.

"Kali ini, saya akan menggunakan teknik handheld yang mengikut watak dalam filem ini supaya penonton akan terasa seolah mereka berada dalam filem itu sendiri," jelas Pierre

Selain bertindak sebagai pengarah dan penulis filem ini, Pierreturut berperanan sebagai pelakon utama di samping muka baru Nur Fathia Abdul Latiff, Maimon Mutalib, Bell Ngasri, Rozie Rashid dan ramai lagi.

Filem yang menelan kos hampir RM1.7 juta itu menjalani penggambaran selama 30 hari bermula 29 April lalu di sekitar Kluang, Johor.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Pierre Harap 'Hijab' Jadi Karya Agung
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Mesyuarat Agung Seniman 14 Dibatalkan kerana penyelewengan?
» pakai lambang pun jadi la
» Nak Jadi Usahawan Berjaya
» Yeayy facebook tak jadi tutup!
» AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: FILEM & DRAMA-
Jump to: