KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Tak guna api-apikan Rooney

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Tak guna api-apikan Rooney Empty
PostSubject: Tak guna api-apikan Rooney   Tak guna api-apikan Rooney EmptyMon Jun 07, 2010 12:21 pm

from bharian.com

Dia sudah matang, bukan lagi penyerang panas baran: Lampard

RUSTENBURG (Afrika Selatan): Frank Lampard memberi amaran kepada Amerika Syarikat dengan menyatakan tiada guna mereka cuba menaikkan kemarahan Wayne Rooney kerana dia bukan lagi penyerang panas baran seperti ketika dibuang padang pada Piala Dunia 2006 hingga menyumbang terhadap kegagalan England melepasi peringkat suku akhir.

Sejak insiden memijak pemain Portugal, Ricardo Carvalho, jurulatih England, Fabio Capello dan pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyatakan, perkahwinan dan kemudian status bapa banyak membantu Rooney menjadi pemain yang matang. Berikutan itu, Lampard terkejut mendengar kenyataan bekas pertahanan Amerika, Alexi Lalas yang menasihati pemain Amerika yang bakal beraksi dalam saingan pembukaan Kumpulan C Piala Dunia Sabtu ini supaya mencuba mengapi-apikan kemarahan Rooney. “Semua orang sudah saksikan kematangannya sebagai pemain dan sebagai insan sejak beberapa tahun ini,” kata Lampard mengulas penyerang kebanggaan England berusia 24 tahun itu. “Saya tidak fikir wujud sebarang isu untuk cuba membangkitkan kemarahannya.”

Capello sebelum ini berulang kali menasihatkan pemain itu mengenai kepentingan tidak membiarkan saat-saat genting menjejaskan harapan England untuk menamatkan kemarau Piala Dunia selepas 1966.

“Disiplin amat penting dalam setiap tahap saingan bola sepak,” kata Lampard. “Anda perlu memahami kepentingan 11 pemain kerana apabila berada di bahagian atas, sebarang perubahan atau kejadian kecil yang berlaku akan memberi pengaruh yang amat besar.

“Andai mendapat kad merah, pasti ia suatu yang agak bodoh dan boleh menjejaskan pasukan. Pengadil sentiasa mengawasi insiden seperti ini kerana dunia juga turut memerhati.
“Pengurus sering bercakap bagi memastikan pemain tidak naik angin dan hilang pertimbangan. Semua mahu menjadi agresif ketika melakukan terjahan tetapi anda tidak mahu ia kelihatan melampaui batas dan memberikan risiko kepada pasukan.” – AP
Back to top Go down
 
Tak guna api-apikan Rooney
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rooney reda gelisah pasukan
» Manchester United - Wayne Rooney
» Bawa anak guna beg plastik
» Ning Baizura guna wajah Misha Omar untuk menggambarkan Raksasa?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: BOLA, SUKAN & PERMAINAN-
Jump to: