KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Musim durian kembali

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Musim durian kembali Empty
PostSubject: Musim durian kembali   Musim durian kembali EmptyTue Jun 08, 2010 12:36 pm

Musim durian kembali Wu_02.1
Seorang pekerja menyusun ratusan buah durian di Balik Pulau, kelmarin.

BALIK PULAU 4 Jun – Berita baik untuk penggemar durian Balik Pulau.
Raja buah itu kini boleh dinikmati dengan harga yang lebih murah iaitu RM15 sekilogram berbanding RM25 dua bulan lalu.

Penurunan harga adalah berikutan buah-buahan tersebut yang mempunyai pelbagai jenis nama seperti raja kunyit, udang merah, ho lor, lipan bara, kon poh dan tuhan kasi itu mula gugur dengan banyaknya bulan ini.
Seorang pemborong, Saw Chong Lee, 44, berkata, walaupun keadaan cuaca panas, beliau yakin peminat durian tidak lama lagi dapat menikmati keenakan buah itu di deretan gerai di kawasan itu seperti tahun-tahun lalu.

‘‘Sesiapa yang suka dan sudah ‘ketagih’ dengan buah durian dari Balik Pulau iaitu antara pengeluar raja buah yang terbaik di negara ini, pasti tidak melepaskan peluang menikmatinya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan, sebuah syarikat multinasional di sini telah membuat tempahan buah durian mencecah puluhan ribu ringgit bagi menjamu para pekerja mereka. Bagaimanapun, tambahnya, kuantiti durian pada musim ini didapati menurun sedikit sebanyak 70 peratus apabila setiap pokok hanya mampu menghasilkan 30 hingga 40 biji berbanding kira-kira 100 biji pada tahun lalu.

Chong Lee yang mula menceburi bidang itu sejak tahun 1985 dan mempunyai gerai dikenali sebagai 178 memberi jaminan isi durian kali ini adalah lebih baik ekoran keadaan cuaca dan taburan hujan yang disifatkan cukup.

‘‘Durian yang dijual di gerai saya adalah yang terbaik dan terpilih, malah ia juga segar kerana buah yang baru gugur akan dihantar setiap hari oleh lebih 80 pemilik dusun di sekitar Balik Pulau,” ujarnya.

lagi berita:

Durian Johor menurun 30%

JOHOR BAHRU 4 Jun - Pengeluaran durian di negeri ini menurun sebanyak 30 peratus pada musim buah kali ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pegawai Pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor, Mohd. Shapiee Ismail berkata, untuk musim ini iaitu dari Jun hingga Ogos, pengeluaran durian dicatatkan sebanyak 8,000 tan metrik berbanding lebih 10,000 tan metrik pada tahun lalu. Beliau berkata, salah satu punca utama pengurangan tersebut adalah disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Pihak kami akui tahun ini keluaran raja buah itu tidak berapa menjadi ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Bagaimanapun Johor masih negeri yang paling banyak mengeluarkan durian dan buahnya juga adalah yang terbaik di Malaysia," katanya.

Beliau yang juga wakil rasmi Pengarah FAMA Johor berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran pakej Jom Makan Durian di Hotel Naza Talyya di sini semalam. Turut hadir ialah pengurus hotel berkenaan, A.M Shaufi dan wakil agensi pelancongan. Bermula 10 Jun hingga 15 Julai, Hotel Naza Talyya menawarkan promosi pakej penginapan dengan harga RM160 ke atas.

Pakej penginapan dua hari satu malam di hotel itu disertakan bersama sarapan pagi untuk dua orang dan peluang untuk makan durian sepuas hati di hotel berkenaan. Mohd. Shapiee berkata, bagi pengeluaran kali ini, Muar mencatatkan daerah pengeluar paling tinggi iaitu sebanyak 2,668 tan metrik diikuti dengan Pontian iaitu 1,820 tan metrik, Kluang (870), Batu Pahat (780), Kota Tinggi (690), Segamat (630), Johor Bahru (240) dan Mersing (220). Tambahnya, kebanyakan pekebun di negeri ini mengusahakan tanaman durian kampung yang mempunyai pasaran yang tidak meluas berbanding hanya segelintir yang mengusahakan durian D24. Faktor berkenaan juga, katanya, menyumbang kepada penurunan jumlah pengeluaran pada musim buah kali ini.

Sehubungan itu, para pekebun disarankan supaya mengusahakan tanaman durian yang berkualiti dan mempunyai pasaran yang meluas selain memberi pulangan kepada mereka.

"Para pekebun sebaiknya mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai FAMA terdahulu sebelum memulakan sesuatu tanaman supaya hasilnya tidak mengecewakan," katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Musim durian kembali
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Temerloh: Dun Kerdau dapat durian runtuh
» Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki
» Akademi Al-Quran (Musim Keempat)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: