KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir Empty
PostSubject: Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir   Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir EmptyFri Jun 18, 2010 1:15 pm

Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

MUNGKIN ada yang masih ingat wajah comel anak muda bernama Emeer yang juga juara rancangan realiti Oo La La. Walaupun baru berusia 15 tahun, Emeer atau nama sebenarnya Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri telah mengutip banyak pengalaman. Semua itu sebagai bekalan untuk dia bergelar penyanyi terkenal suatu hari nanti.

Bukan setakat Oo La La, Emeer juga pernah menyertai MyStarz LG musim pertama dan pernah tersenarai ke peringkat akhir pertandingan Road To Hollywood untuk menyertai pertandingan World Championship Of Performing Art (WCOPA).

Penyanyi yang masih menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang ini menyimpan cita-cita menggunung untuk merakamkan lagu duet bersama penyanyi idolanya, Faizal Tahir. Menurut Emeer, kemantapan vokal milik Faizal serta persembahan memukau yang sering dipamerkan oleh ‘Superman’ Melayu itu cukup memikat hatinya.“Semangat yang ditunjukkan oleh abang Faizal sering dijadikan contoh ketika saya menjayakan mana-mana persembahan.“Aura yang dimiliki abang Faizal memang hebat dan dia memang penyanyi lelaki terbaik setakat ini,” jelas Emeer mengenai penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Sampai Syurga itu.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Emeer kini muncul dengan album mini terbarunya yang memuatkan dua buah lagu iaitu, Aku Tak Bisa Lagi dan Indah Pelangi Cinta. Kata Emeer, kedua-dua buah lagu itu cukup sesuai dengan suaranya dan mampu untuk membina jenama Emeer agar dikenali ramai.

Lagu Indah Pelangi merupakan sebuah lagu balada yang dicipta sepenuhnya oleh Adnan Abu Hassan sementara Aku Tak Bisa Lagi oleh Faris Zailani. Dalam pada itu, Emeer memberitahu, dia bakal muncul dengan album sulungnya yang akan memuatkan lima buah lagu terbitan FG Music & Film Sdn. Bhd. pada penghujung Julai ini.
“Saya mahu buktikan saya bukanlah penyanyi tempelan sebaliknya saya serius ingin bergelar penyanyi,” katanya penuh yakin. Menurutnya, dia sanggup mengorbankan usia mudanya untuk bergelar artis rakaman dan album tersebut akan diedarkan oleh Sony Music.
Back to top Go down
 
Emeer mahu duet dengan Faizal Tahir
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
» Evolusi Muzik Faizal Tahir
» Faizal Tahir Pecahkan Gitar RM10,000
» Minggu Setiusaha bersama faizal tahir

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: