KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Pekida bukan samseng

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Pekida bukan samseng Empty
PostSubject: Pekida bukan samseng   Pekida bukan samseng EmptyFri Jun 18, 2010 4:40 pm

BERA – Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan yang lebih 20 tahun bertapak di negara ini berlandaskan agama Islam dan ia bukan pertubuhan samseng.

Setiausaha Agong Pekida Malaysia, Mohd Zain Ghazali berkata, berikutan penghijrahan ahli asal (dari negeri Kedah dan Perlis) ke seluruh negeri menyebabkan penghayatan matlamat Pekida berbeza mengikut kebudayaan sesuatu kawasan baru.

“Pekida mula dipandang serong masyarakat pada 1990-an, apabila terdapat golongan muda yang menyertai pertubuhan ini, tidak memahami asas kami.

“Malah, mereka mempunyai matlamat yang berbeza dan mahu mengambil kesempatan dengan nama Pekida,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Daerah Negeri Pahang.

Mesyuarat itu turut dihadiri Setiausaha Majlis Ayahanda Malaysia, Mohamad Yatim Md Rajam dan Pemangku Pengerusi Pekida Negeri Wan Abd Rashid Wan Semail.

Mohd Zain berkata, berikutan beberapa kes itu, Pekida melaksanakan proses pemutihan yang secara tidak langsung dapat memulihkan nama Pekida dengan melakukan penapisan semula dan pendakwahan dalaman kdalam kalangan ahli-ahlinya.

Menurutnya, antara langkah yang dilakukan ialah berkongsi senarai nama keahlian dengan balai polis di setiap daerah supaya dapat memantau penyalahgunaan nama Pekida oleh mereka yang bukan ahli.

“Ramai yang mengaku ahli Pekida, tetapi sebenarnya mereka hanya menggunakan nama itu untuk kepentingan diri sendiri.

“Sekiranya Pekida mendapati bahawa terdapat individu bukan ahli menggunakan nama Pekida, kami boleh membuat laporan polis mengenai perkara itu,” katanya.

Selain itu, ahli Pekida yang bersubahat juga boleh dikenakan tindakan sewajarnya sehingga membolehkan keahliannya dilucutkan.

Menurut Mohd Zain, pihaknya kini dalam proses mengemas kini data ahli dan berhasrat untuk menyediakan kad keahlian dengan dilengkapi cip supaya tidak mudah ditiru.

“Kita harap, matlamat ini tercapai supaya proses pemutihan itu dapat dilaksanakan 100 peratus,” katanya.
Back to top Go down
 
Pekida bukan samseng
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Hamas bukan pengganas
» Seram: Bukan mimpi hantu tapi basikal
» Penyanyi bukan professional Berbakat - Amirul jafril
» Mamak Islam vs Mamak bukan Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: EKONOMI & KERJAYA-
Jump to: