KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat" Empty
PostSubject: Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"   Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat" EmptyWed Jun 23, 2010 2:01 pm

Oleh KEMALIA OTHMAN

Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat" Ifa%202

SELAIN insiden dipukul adik kandung sendiri, penyanyi danpelakon Ifa Raziah turut mengalami satu kejadian lain apabila dia diserbu penguat kuasa agama ketika menginap di sebuah hotel di Changlun,Kedah bersama suaminya Mohd Yani Abdul Rahman.
Peristiwa itu berlaku ketika dia menjalani penggambaran drama berjudul Dari Kodiang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Ifa, dia agak sedih dan kecewa pihak terlibat menyerbu biliknya dengan cara yang kurang sopan sedangkan dia tidak berkhalwat.

Menceritakan pengalaman tersebut, dalam kejadian kira-kira pukul1.30 pagi itu, bilik Ifa tiba-tiba diketuk dengan kuat seperti hendak pecah.

Terkejut dengan ketukan itu, suami Ifa telah membuka pintu bilik kerana menyangka ada perkara lain yang berlaku tanpa mengesyaki mereka sebenarnya telah diserbu kerana disyaki melakukan maksiat.

Katanya, sewaktu pintu dibuka pihak berkenaan telah menolak suaminya dengan kasar tanpa memberi salam.
“Untuk mengesahkan kami sudah berkahwin, suami saya menunjukkan kad perakuan nikah sebagai bukti kami tidak berkhalwat.
“Malangnya pihak terbabit bertindakkasar sehinggalah berlaku pertelagahandengan suami saya,” kata Ifa seperti yang dilaporkan akhbar Mingguan mStar, Ahad lepas.

Lebih daripada itu, menurut Ifa, ada diantara pegawai terbabit mengeluar kankata-kata kesat yang sepatutnya tidak berlaku apatah lagi peristiwa itu terjadi kepada individu yang tidak bersalah.

Antara ayat yang menyakitkan hati dia disindir dengan kata-kata ‘kau ingatkau artis besar sangat?’
“Saya tak marah jika mereka melakukan serbuan dengan menggunakan prosedur yang betul tetapi janganlah menyerbu sesuka hati serta bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan.

“Dia orang seperti pandang rendah kepada saya dan lebih menyakitkan hati mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan minta maaf pun kepada kami,” ujarnya kesal.

Ifa yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Yani mempunyai dua cahaya mata turut memberitahu pengalaman tersebut memberiimej buruk kepadanya.

Bagaimanapun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara remeh itu terus berpanjangan.
Cuma ujar Ifa, pihak berkenaan sepatutnya menyiasat terlebih dahulu dan janganlah mudah melabelkan seseorang artis itu sebagai jahat.

Lebih memalukan kejadian pada malam itu menyebabkan berlakunya kekecohan sehingga menyebabkan penghuni hotel lain turut terganggu.

“Bukan bilik saya sahaja malah dua bilik artis lain yang disewa atas nama suami saya turut diserbu.

Tapi yang hairannya jika serbuan untuk mencegah maksiat, kenapa bilik kami sahaja yang diperiksa?” katanya kesal.
Ifa bagaimanapun berharap pihak berkenaan harus berfikir panjang sebelum membuat sesuatu tindakan. Ini kerana perbuatan itu menyebabkan masyarakat akan hilang hormat apatah lagi kepada agensi yang diberi peranan menjalankan tanggungjawab dengan berhemah.

(kredit:mstar online)

KASIHAN IFA.. :huhh:
Back to top Go down
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat" Empty
PostSubject: Re: Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"   Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat" EmptyWed Jun 23, 2010 2:02 pm

Kes Ifa Raziah Diserbu : JAIK Beri Penjelasan

Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menafikan anggota penguat kuasa agama mereka bertindak kasar ke atas orang awam termasuk pelakon Ifa Raziah ketika menjalankan tugas membanteras maksiat.

Pegawai perhubungan awamnya, Mohd. Nasir Mohd Dani berkata, setiap pegawai penguat kuasa yang dilantik pada kebiasaannya akan melaksanakan tugas mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri itu.

Untuk kes Ifa Raziah itu kata Mohd. Nasir, pihaknya berkemungkinan telah mendapat aduan daripada orang ramai tanpa mengetahui pelakon itu bersama suaminya di dalam bilik.

“Saya rasa dalam kes Ifa itu, pihak penguat kuasa telah mendapat aduan lebih awal dan semasa serbuan dibuat, pegawai berkenaan tidak mengetahui lelaki berkenaan adalah suami Ifa,” jelasnya.

Bagaimanapun jelas Mohd. Nasir, dia tidak menerima sebarang aduan berhubung serbuan ke atas pelakon itu sebaliknya hanya mengetahuinya selepas dimaklumkan oleh mStar Online.

Akhbar Mingguan Mstar Ahad lalu melaporkan perasaan marah Ifa Raziah apabila pihak terbabit bertindak kasar serta menolak suaminya, Mohd. Yani Abdul Rahman ketika membuat serbuan ke bilik mereka pada cuti Hari Wesak bulan lalu.

Pasangan itu menginap di sebuah hotel di Chanlun, Kedah, kerana terlibat dalam pembikinan drama Dari Kodiang ke Kuala Lumur.

Kata Ifa, pegawai berkenaan tidak memohon maaf di atas perbuatan mereka selain cuba menuduhnya berkhalwat tanpa mengetahui lelaki di dalam bilik hotel tersebut adalah suaminya.

Jelas Mohd. Nasir lagi, pihaknya tidak menafikan kebarangkalian ada pihak luar yang menyamar menjadi pegawai penguat kuasa agama dengan tujuan untuk mengambil kesempatan.

Kejadian seperti itu katanya biasa berlaku di Kedah terutamanya di tempat-tempat awam.

Tambahnya, pihak JAIK akan menunjukkan kad kuasa sebelum memulakan siasatan yang selalunya turut disertai lebih tujuh orang petugas termasuk anggota polis.

"Kami ada prosedur seperti menunjukkan kad pengenalan diri dan selepas itu barulah siasatan dilakukan. Malah pihak JAIK sendiri akan mengambil tindakan kepada anggota penguat kuasa yang didapati melakukan kesalahan seperti itu," jelasnya.
Back to top Go down
 
Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Wanita Lempias nafsu di Kluang ditangkap kali kedua
» lintang pukang lari berBUGEL takut kena cekup khalwat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: