mawar_hijau
Posts : 112 DUIT gempakZ : 229 REPUTASI : 2 Join date : 2010-05-27
| Subject: Artis Wanita kena penyakit Kelamin Wed Jun 23, 2010 4:37 pm | |
| Sejak akhir-akhir ini memang banyak cerita sensasi tentang artis-artis. Terbabit dengan dadahlah, pukul oranglah, pukul anaklah dan yang paling popular, bercerai-berai. Tapi, ada satu lagi kisah yang mengejutkan Cik Andalusia. Tidak sangka artis yang disebutkan berperangai buruk sehingga boleh dijangkiti penyakit kelamin.
Apa tidaknya, jika dilihat pada luaran, pelakon wanita yang pernah berlakon di samping Fasha Sandha ini nampak macam budak baik. Cuma, akhir-akhir ini dia terdedah dengan gosip yang tidak berapa sedap di dengar. Mungkin kerana sudah terasa diri popular.
Berbalik kepada kisah dia dikatakan dijangkiti penyakit kelamin tadi, kisah ini disampaikan oleh rakan Cik Andalusia yang dimaklumkan oleh sumber yang sangat boleh dipercayai. Senang cerita, sumber ini bekerja di klinik yang merawat artis wanita tersebut. Selain mendapatkan rawatan, artis wanita ini turut mendedahkan nama pasangannya apabila disiasat dari mana dia mendapat jangkitan itu. Rupa-rupanya, pasangannya juga seorang artis. Tidak perlulah Cik Andalusia dedahkan siapa mereka ini.
Kepada pasangan ini, hentikanlah kelakuan anda yang tidak senonoh itu. Cik Andalusia ini tidaklah pandai sangat, tetapi Cik Andalusia tahu, penyakit kelamin ini berjangkit kalau kita bertukar-tukar pasangan seks. Sebelum anda dijangkiti HIV atau Aids, baiklah bertaubat!
credit -Gua | |
|