KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Pontianak Mengganazzz

Go down 
AuthorMessage
babyMukriz

babyMukriz


Posts : 25
DUIT gempakZ : 63
REPUTASI : 0
Join date : 2010-06-24

Pontianak Mengganazzz Empty
PostSubject: Pontianak Mengganazzz   Pontianak Mengganazzz EmptyFri Jun 25, 2010 2:10 pm

Apa khabar semua~ Aku nak bukak topic panas sket ni. Baru dapat tau semalam. Ceritanya masa aku baru je lepas abes kelas tuisyen, aku disapa oleh pengetua pusat tuisyen tersebut, Cikgu “berlagak cam bagus” bernama A.Z.. Mulalah dia buka cerita pasal pontianak ni. Aku terkedu ye.. Ceritanya, Pusat Tuisyen tempat aku mengajar ni baru sahaja dibuka. Pendek kata, tempat yang baru dibangunkan. Banyak bangunan dua tingkat dibina disini but most of them masih belum berpenghuni.

Okay, berbalik kepada kisah pontianak tu. disebelah pusat tuisyen aku ada "Bistro"..iaitu kedai makan siap dengan pentas untuk berkaroke.. Masa hari guru yang lepas ni aku sempatla menyertai jamuan Hari guru disitu sambil membuat persembahan nyanyian atas permintaan ... haha..

Ok.. baru-baru ni aku tengok bistro ni tutup aje.biasanya dia buka 7 hari seminggu.. and dia buka dari ptg ke malam. Ok.. dari informasi yg diberikan oleh cikgu A.Z, dia kata actually Tuan kedai di Bistro tu telah menjumpai pontianak dalam kedai tersebut.. harusla kecut perut and xberani nak buka kedai lg!!.. ya Tuhan!!! Aku terasa meremang bulu tengkuk.. lebih-lebih lagi dia sedang bercerita ketika kitorang lepak dekat-dekat dengan Bistro tersebut. huhu.. terus aku beredar dengan segera.. takut xpasal-pasal mengekor aku dr belakang. bukan satu je.. but ada 2!! ada 2ekor pontianak dalam Bistro tersebut. Aku rasa dia pun teringin nak nyanyi Duet kat atas pentas Bistro yg tu.. haha..


Ok.. beredar je aku dr situ, aku terus ajak kawan2 makan malam.. semua kawan-kawan aku tu Cikgu-cikgu tuisyen yang mengajar disitu. Ok.. so, aku tanpa berlengah-lengah lagi terus ber Gossip.. mmg kitorg suke bergosip tentang Cikgu A.Z tu.. ahah.. yelah.. dia kan selalu bukak cerita pelik-pelik. So, tentang Pontianak ni pun aku xler pecaya sepenuhnya.. hanya 60-70% je tahap kepercayaan aku.

Ok.. then, bila aku da bukak cerita je.. sorang-sorang tercengang. sebab apa.. aku baru dapat tau salah sorang kawan aku tu pernah nampak benda pelik. Kisahnya begini, Bistro tu betul-betul sebelah bangunan pusat Tuisyen kami.. kat pusat Tuisyen kami ada pasang CCTV. Al-Kisahnya satu hari kawan aku nie ditugaskan untuk jaga Kaunter. then, ada la rekod CCTV kat situ. entah kenapa dia yang sedang bosan-bosan memainkan kembali recording CCTV tersebut. nak dijadikan cerita, kawan aku telah ternampak satu imej pelik tiba-tiba muncul dalam CCTV tersebut.


Ok. lokasi tersebut ialah dihadapan bilik kelas yang aku guna untuk mengajar. bilik tu tersorok sikit and ada kerusi and mejadi depan bilik. Kawan aku cerita dia ternampak lembaga putih tiba-tiba muncul dan duduk disitu. tetapi tidak jelas imejnya.. agak samar-samar. dan dari cerita aku kepada nya, dia assume itu adalah pontianak yang sama yang diceritakan. dua kali imej tersebut muncul di tempat itu. dari rekod, ia muncul sekitar 5 pagi dan kemudiannya muncul sekali lagi sekitar 7 pagi (dah siang nih?)

Ok.. berbalik kepada Bistro tersebut, actually tuan kedai tu ternampak pontianak tersebut sekitar pukul 4 pagi ketika ingin menutup kedainya.. ya Tuhan.. aku pasnie akan pastikan keluar dr kelas 5 minit awal.. selalunya aku paling rajin.. keluar lewat sedikit dari guru-guru lain.. huhu..Tobat aku xkan tinggal sorang-sorang lagi disitu!

sekian~

Note: Pelik gak pontianak muncul kat tengah-tengah bangunan sedangkan tempat tersebut sesak kerana disebelahnya sebuah pasaraya besar! erm.. any comment?

Pontianak Mengganazzz 2467789004_2332a7da5a
sekadar gambar hiasan
Back to top Go down
 
Pontianak Mengganazzz
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jeritan Pontianak
» Pontianak di balai polis

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: MISTIK-
Jump to: