KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Mabuk, seks depan perpustakaan

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Mabuk, seks depan perpustakaan Empty
PostSubject: Mabuk, seks depan perpustakaan   Mabuk, seks depan perpustakaan EmptyTue Jun 29, 2010 12:47 am

Remaja hidu gam, bercumbu tak hirau pengunjung taman rekreasi

TAMPARULI: Taman rekreasi berhampiran Perpustakaan Negeri Cawangan Tamparuli di sini yang dibina untuk kegunaan masyarakat bersantai bersama keluarga bertukar menjadi lokasi remaja lelaki dan perempuan menghidu gam serta meminum arak, sejak setahun lalu. Selain itu, ia turut dijadikan lokasi oleh remaja tidak bertanggungjawab memadu kasih dan melakukan maksiat tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan. Remaja mabuk juga dipercayai menjadikan orang ramai yang melalui kawasan itu sebagai mangsa peras ugut sebelum merampas barangan berharga.

Ia menyebabkan orang ramai tidak berani melalui kawasan taman itu, apatah lagi untuk bersantai kerana bimbang diganggu remaja yang menjadikannya sebagai tempat melepaskan gian.

Tinjauan Berita Harian di sini minggu lalu, mendapati taman itu juga dipenuhi botol arak yang bersepah di merata tempat, termasuk serpihan kaca yang dipecahkan remaja mabuk.

Taman milik Majlis Daerah Tuaran (MDT) itu seolah-olah bertukar menjadi sarang maksiat dan pusat minum arak oleh kumpulan remaja ini.
Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Tuaran, Mohd Faiz Azman, berkata pihaknya kesal apabila kemudahan itu yang sepatutnya dimanfaatkan untuk orang ramai bersantai bersama keluarga, disalah guna remaja untuk melakukan maksiat dan kegiatan negatif yang lain.

"Perbuatan mereka mencemari imej Tamparuli. Ia menyebabkan orang ramai tidak berani melalui kawasan itu, apatah lagi berehat kerana bimbang diganggu remaja mabuk," katanya.

Seorang penduduk, Steve Albert, 25, mendakwa pernah melihat beberapa remaja mabuk mengugut remaja yang melalui taman itu dan meminta wang.

"Apabila remaja yang diugut itu enggan memberi wang, barangan bernilai seperti telefon bimbit, jam tangan, cincin dan rantainya dirampas mereka.

"Saya kesal menyaksikan kejadian itu tetapi tidak berupaya melakukan sesuatu kerana bimbang menjadi mangsa remaja mabuk," katanya.

Albert mendakwa, remaja mabuk juga sering mengganggu orang ramai dengan perkataan lucah, selain cuba memeras ugut warga tua yang melalui kawasan berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Andrew Alexsius, 26, berkata lokasi taman yang agak tersembunyi itu menyukarkan kegiatan mereka dipantau oleh polis dan orang ramai.

"Ia menyebabkan remaja terbabit bebas melakukan kegiatan negatif sewenang-wenang tanpa bimbang ditahan polis," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan MDT menutup saja kemudahan berkenaan bagi menghalang kegiatan negatif remaja mabuk berterusan hingga menjejaskan imej Tamparuli.

Beliau mencadangkan supaya polis melakukan operasi menahan remaja mabuk yang tidak memahami erti keharmonian hidup bermasyarakat, sebaliknya hanya wujud untuk menyusahkan hidup anggota masyarakat di kawasan berkenaan.

"Hidup mereka tidak ubah seperti sampah yang bertaburan di taman itu," katanya.

>> pe nak jd bebudak sekarang nih??
Back to top Go down
 
Mabuk, seks depan perpustakaan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ganjaran guru besar bulan depan
» PERKASA melakukan pembakaran terbuka depan Parlimen
» Tawar seks kepada penoreh getah
» Nak Seks bayar RM 10 sahaja
» Datuk minta SEKS 5 kali sehari??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: