KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kemelut perletakan Jawatan Misbun tidak berkesudahan

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Kemelut perletakan Jawatan Misbun tidak berkesudahan Empty
PostSubject: Kemelut perletakan Jawatan Misbun tidak berkesudahan   Kemelut perletakan Jawatan Misbun tidak berkesudahan EmptyThu Jan 06, 2011 11:55 pm

Kemelut perletakan Jawatan Misbun tidak berkesudahan Pix_gal0
Kemelut peletakan jawatan Misbun tiada tanda akan selesai

KEMELUT peletakan jawatan jurulatih perseorangan badminton, Datuk Misbun Sidek masih jauh daripada titik penyelesaian apabila dia dan majikannya, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum bersemuka sehingga semalam.

Permasalahan itu segera mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mahu segera ia diselesaikan sebelum berlarutan dan menjejaskan urusan kerja badan induk itu terus dalam situasi porak peranda. Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dia menjemput presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh ke pejabatnya pagi semalam bagi membincangkan perkara itu dan untuk berlaku adil, dia juga sedang mengaturkan pertemuan dengan Misbun di sebelah malam (malam tadi) untuk mendapat gambaran yang telus dan sebenar. “Apa juga keputusan sama ada Misbun meneruskan perkhidmatannya atau tidak, kita kena ingat ia dibuat demi kepentingan negara. Taraf badminton kita sudah berada di peringkat dunia dan kita tidak mahu sukan ini malap.

“Mungkin apa yang berlaku ini hanyalah salah faham yang menyebabkan Misbun tidak gembira.

“Sekiranya mereka perlukan bantuan saya, saya akan bantu,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Nadzmi yang ditemani beberapa anggota jawatankuasa eksekutif BAM di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Menjawab pertanyaan pemberita yang musykil apabila Nadzmi tidak turut sama dalam sidang media itu, Ahmad Shabery berkata, presiden BAM itu tidak mahu berdepan dengan media bagi mengelakkan kekeruhan ataupun disalah tafsir mengenai isu yang belum selesai.
“Nadzmi kelihatan tenang tadi dan mereka (BAM) tidak mendapat alasan daripada Misbun mengapa dia meletakkan jawatan. Kenyataan mereka konsisten, sama seperti sebelum ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut butiran pertemuan.
Back to top Go down
 
Kemelut perletakan Jawatan Misbun tidak berkesudahan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tidak tolong rakan tumbang
» Hantu tu wujud ke tidak?
» Air sungai tidak bercampur
» Lebih besar jawatan dari Bush!!
» Osama bin Laden tidak mati

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: