KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru"

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru" Empty
PostSubject: Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru"   Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru" EmptyTue Jan 11, 2011 1:35 am

Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru" Penyimpanmohorbesar

Salam.. haha.. tetibe je kan aku bukak topik pasal Hari Raya. Sedangkan baru bulan satu. hari Raya puasa pun lambat lagi. Raya Haji pun baru berlalu tak berapa lama.. tapi mengapakah aku nak bukak Topik ini? Hehe.. jeng jeng jeng... Kisahnya begini.

Masa dari kecil dahulu, aku memang antara orang yang sangat tidak sabar menunggu pengumuman hari raya. Kalau boleh aku nak Penyimpan Mohor Besar tu umumkan Raya esoknyer! sebab aku dah tak larat nak puasa (Al-Maklumlah budak kecik). Hehe.. maka lepas maghrib je aku dah tunggu depan TV. Jeng Jeng Jeng.. keluarlah wajah yang biasa aku lihat mengumumkan pengumuman hari raya. Walaupun aku hanya melihat dia ini semasa nak umukan Hari Raya Puasa, Haji dan juga tarikh nak mula puasa, tapi aku sangat menunggukan kemunculan dia ni.. haha...

Al-Kisahnya, Tahun berganti Tahun.. Dari I kanak-kanak riang ke Besar gajah dan layak jadi bapak budak, Orang yang bertanggungjawab mengumumkan Hari Raya Puasa adalah orang yang sama. Hanya wajahnya berubah sedikit demi sedikit saban tahun kerana dimamah usia. Haha.. tetapi yang den nak cerita adalah tentang "Bezanya" Hari Raya mulai tahun ini..

Mengapa berbeza? Kerana Mulai Tahun ini, beliau telah bersara... Sob Sob.. Beliau yang dimaksudkan adalah Y.M Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah. Kita dah tak akan lihat dia mengumumkan tarikh mulanya puasa atau hari raya. Akan muncul wajah baru. Penggantinya dikhabarkan bernama Datuk Syed Danial Syed Ahmad. huhu.. adakah Feel Raya anda akan sama tahun ini? hehee.. Ntahla. haha..

Ok ni sedikit berita tentang persaraan Tan Sri Ibrahim dan pelantikan Datuk Syed Danial.

KUALA LUMPUR: Datuk Syed Danial Syed Ahmad, 66, dilantik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru berkuatkuasa 10 Januari ini.

Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, yang bersara hari ini selepas berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun.Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Sabtu Awab, berkata Syed Danial yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dan Sarjana dari Universiti of Wisconsin, Madison di Amerika Syarikat, pernah menyandang jawatan Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

"Syed Danial telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung tahun lalu," katanya pada majlis tertutup meraikan Engku Ngah Ibrahim di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini, hari ini.

Sabtu berkata, Syed Danial dilantik secara kontrak selama tiga tahun.

Syed Danial, yang berasal dari Pulau Pinang, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di beberapa kementerian seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Dalam Negeri.

Engku Ibrahim, 79, juga adalah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang paling lama menyandang jawatan itu. - BERNAMA
Back to top Go down
 
Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru"
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Selamat Hari Raya 2011
» Lembu di kala menjelang hari Raya
» Lemang - makanan yang mesti pada hari raya
» Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13
» Doa Awal Tahun dan akhir Tahun Islam

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: RUANGAN SANTAI-
Jump to: