Mr.PiNGu
Posts : 554 DUIT gempakZ : 1511 REPUTASI : 1 Join date : 2010-12-13
| Subject: Facebook Berita Harian miliki lebih 300,000 peminat.. hebat sekali Thu Mar 03, 2011 1:42 pm | |
| bhnews@bharian.com.my2011/03/03 FACEBOOK Berita Harian Online beri peluang pembaca beri ulasan peribadi. KUALA LUMPUR: Peminat Facebook Berita Harian Online melepasi 300,000 orang, minggu lalu selepas hanya 15 bulan dilancarkan dengan jumlah keseluruhan semalam mencecah 302,703 orang.
Sejak dilancarkan 25 November 2009, Facebook Berita Harian Online mencatatkan peningkatan peminat yang memberangsang dengan lonjakan 10 peratus, dengan mencatat 143,453 pengguna aktif bagi tempoh 23 Januari hingga 21 Februari lalu. Bagi tempoh sebulan itu juga, jumlah berita dibaca di Facebook Berita Harian turut meningkat kepada 37,589,382, iaitu peningkatan kadar interaktif di laman rangkaian sosial itu sebanyak 11 peratus. Berdasarkan kajian GreyReview, syarikat permulaan teknologi, aplikasi web dan strategi sosial berpangkalan di Asia ke atas 8.8 juta pengguna Facebook di Malaysia bagi tempoh berakhir 1 November tahun lalu, Berita Harian Online berada di tempat pertama di kalangan laman berita tempatan dan ketujuh dalam semua kategori di belakang Upin & Ipin, AirAsia, iluvislam, TV3, McDonalds Malaysia dan Golden Screen Cinemas.
Menerusi platform itu, peminat setia Berita Harian berpeluang memperoleh berita terkini dan memberikan ulasan peribadi berhubung isu yang dimuatkan dalam laman web Berita Harian (http://www.bharian.com.my).
Ia adalah platform alternatif dan interaktif yang disediakan Berita Harian kepada pelanggan, selain Twitter, khidmat pesanan ringkas berita (SMS Alert) dan berita mutakhir pada laman web utama.
Antara kandungan yang dimuatkan dalam Facebook itu, ialah berita terkini mengikut masa sebenar berita yang dipaparkan pada laman web, foto terkini dan video. Selain memberi peluang kepada pembaca mengambil bahagian dalam aktiviti bancian, pengumuman terkini turut dipaparkan pada laman rangkaian sosial Berita Harian Online bagi memastikan pelanggan tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat diperlukan.
Turut dipaparkan ialah acara lintas langsung CoverItLive, ucapan sambutan perayaan, pemberitahuan konsep serta kandungan terbaru yang diperkenalkan. | |
|