KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Peristiwa seram saya dicekik hantu ghaib

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Peristiwa seram saya dicekik hantu ghaib Empty
PostSubject: Peristiwa seram saya dicekik hantu ghaib   Peristiwa seram saya dicekik hantu ghaib EmptyThu Jun 02, 2011 5:30 pm

Salam semua. Pingu nak menceritakan peristiwa yang telah Mr.Pingu alami beberapa hari lepas, iaitu pada hari Ahad 31 Mei 2011. Daripada tajuk pun korang mesti rasa gerun kan? Bagaimana Mr.PiNGU dicekik oleh hantu? Kalau korang rasa gerun, bayangkan diri ini yang mengalaminya? Ini merupakan kali pertama seumur hidup pingu mengalaminya dan diharap tidak akan terjadi untuk kali kedua. huhu..
Al Kisahnya pada hari sabtu, sehari sebelum itu pingu telah berjumpa dengan seorang kawan. Kitorang keluar bersama menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di sekitar JB. Malam itu, kami pergi tengok wayang di Tebrau City and after that kitorang pi makan-makan dengan beberapa member yang lain di satu gerai popular di tebrau.

Sedar tak sedar masa duk melepak tu dah pukul sebelas setengah malam. So, kitorang pun bercadang untuk balik. Kawan Pingu tu minta Pingu temankan dia di rumah sewanya kerana dia kesorangan. Kitorang pun gerak pergi rumah kawan PiNgu ni.

Apabila sampai di rumahnya, di satu kampung disekitar Kulai, Pingu memang dah rasa lain macam. Rumah ni macam rumah yang tidak diduduki sangat. Berabuk lantainya dan keadaanya sunyi sekali. maklumlah rumah kampung sebiji-sebiji jauh daripada jiran-jiran. Namun begitu Pingu tak banyak soal dan terus je bersihkan diri dan tidur. Mujur malam itu tiada perkara pelik berlaku.

Keesokan harinya Pingu bangun awal untuk solat subuh. kemudia rasa macam letih sahaja so Pingu pun amek keputusan untuk tidur semula. Namun tak boleh tidur sangat so PinGu so online la kejap guna iPhone pingu ni. after that Pingu pun bering-baring la. Kawan sorang tu tidur punyalah nyenyak kat katil sebelah. tak pe la dia letih sangat agaknya.

Tiba-tiba, PinGu rasa seolah-oleh sesak dada dan terasa leher dicekik! sangat rasa. Pingu ni memang sensitif bahagian leher kalau orang pegang memang rasa geli. Namun ketakutan dan kesakitan mengatasi rasa geli tersebut. Pingu panik kerana tidak mampu bergerak. Mata terkebil-kebil tapi tidak nampak apakah makhluk yang membuat tak elok pada PiNGu ni.

Dengan keadan panik, PinGu pun mula membaca pelbagai ayat Al-Quran. yang peliknya bacan PiNGU menjadi tonggang langgang seolah-olah PINGu sangat sukar menyebutkan kalimah-kalimah suci tersebut. Tapi Pingu gagahkan diri. setelah menbaca kalimah suci tersebut Pingu hembuskan ke arah atas dengan harapan makhluk tersebut beralih. Namun, lebih memeranjatkan apabila makhluk tersebut menghembuskan kembali angin ke muka PinGU. sangat terasa hembusan angin dan bunyi desiran. Hanya Allah yang tahu perasan saya ketika itu.

Saya berperang dengan makhluk tersebut dalam 15-20 minit. Akhirnya saya dilepaskan. Saya terus tercungap-cungap dan ketakutan. PiNGu terus sahaja panjat katil kawan di sebelah dan tidur disebelahnya.

Selepas kawan PiNGu terjaga, PinGu ceritakan apa yang telah terjadi tadi. Dia terkejut kerana sepanjang dia duduk di rumah tersebut selama 5 tahun, dia tidak pernah sekali pun dikacau oleh makhluk tersebut. Selepas mendengar cerita PiNGU dia pun jadi takut.dia memang akui dia tak pernah menggunakan katil sebelah sebab dia hanya tido di katil itu. Katil sebelah dibiarkan kosong. Mungkin disebabkan lama tidak berpenghuni ada makhluk lain yang menetap di atas katil itu. Mungkin.. Wallahualam..
Back to top Go down
 
Peristiwa seram saya dicekik hantu ghaib
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pokok tempat tinggal hantu jin syaitan seram
» Seram: Bukan mimpi hantu tapi basikal
» Jenis2 hantu lagenda Melayu (seram!! lemah semangat jgn masuk)
» Himpunan Peristiwa Pelik Hari ini
» Nenek Tua di bachok dicekik dipijak kepala

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: SEMBANG-SEMBANG :: MISTIK-
Jump to: