KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Mak Jah Pernah Jadi Jurusolek Produksi Rashid Sibir

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Mak Jah Pernah Jadi Jurusolek Produksi Rashid Sibir Empty
PostSubject: Mak Jah Pernah Jadi Jurusolek Produksi Rashid Sibir   Mak Jah Pernah Jadi Jurusolek Produksi Rashid Sibir EmptyFri Oct 28, 2011 4:10 pm

PETALING JAYA: Pelakon Maimunah Ahmad, 64, atau lebih dikenali dengan nama Mak Jah sering menghiasi drama dan filem tempatan, namun tiada siapa yang tahu dia pernah bekerja sebagai jurusolek di syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd milik penerbit dan pengarah tersohor, Rashid Sibir. Mak Jah berkata, dari situ dia mula berlakon dan kini sukar untuk untuk menolak setiap tawaran lakonan yang diberikan oleh penerbit itu walaupun watak kecil sekalipun.

“Saya mula menceburi bidang lakonan melalui kerja sebagai jurusolek artis dan waktu itu saya bekerja dengan Rashid Sibir. Waktu saya mengenalinya, umur saya dalam lingkungan 30-an. Sekarang ini, saya selalu berlakon di bawah arahannya dan selesa bekerja dengannya. Jadi memang susah untuk saya menolak jika dia mengajak saya berlakon apabila mengenangkan jasanya kepada saya dan dia merupakan kawan lama saya,” katanya dalam satu sidang media drama Tanah Kubur musim kedua di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Isnin lalu.

Jelas Mak Jah, walaupun watak yang diberikan tidak banyak babak melibatkan dirinya, tetapi kadangkala watak tersebut menguji cabarannya dan menarik.

“Saya tidak kisah watak apa pun yang diberikan. Walaupun watak sampingan, saya rasa agak menarik juga sekali sekala. Saya akui penonton lebih mengenali saya dengan watak bomoh atau bidan yang jahat. Pernah sekali pada tiga tahun lalu sewaktu saya ke Melaka, ada kanak-kanak yang takut dengan saya sehingga menjerit-jerit tidak mahu turun dari kereta.

“Puas bapanya memujuk tetapi akhirnya saya nekad terus pergi dari situ kerana tidak mahu menakut-nakutkan kanak-kanak itu,” katanya yang turut berpeluang melakonkan drama romantik komedi seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania.

Menyentuh sedikit tentang kehidupannya, Mak Jah telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak serta 10 orang cucu.
Back to top Go down
 
Mak Jah Pernah Jadi Jurusolek Produksi Rashid Sibir
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» basikal yang pernah anda miliki
» pakai lambang pun jadi la
» AF9 Bakal Jadi Program AF Yang Terakhir!
» Yeayy facebook tak jadi tutup!
» Gadis pintar matematik jadi pelacur

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: