KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kolaborasi Hazama, Amy Search

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Kolaborasi Hazama, Amy Search Empty
PostSubject: Kolaborasi Hazama, Amy Search   Kolaborasi Hazama, Amy Search EmptyFri Nov 11, 2011 3:23 pm

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my

SIAPA tidak kenal Amy Search, 53, selaku ikon vokalis berkumpulan dan solo yang masih bertahan dalam genre rock n roll di Malaysia selama 30 tahun.

Hazama atau nama sebenar, Hazama Ahmad Azmi, 27, tidak kurang hebatnya apabila menjadi pilihan Meet Uncle Hussein (MUH) untuk lagu Pokok dan kini popularitinya lebih menyerlah selepas muncul juara Akademi Fantasia 9 (AF9). Nyata Hazama memasang impian mengikut jejak langkah idolanya yang juga bekas pengetua AF9 untuk berjaya dalam nyanyian. Kini, pelajar dan bekas pe–ngetua AF9 berlainan zaman itu berkolaborasi menerusi single baru mereka bertajuk Simetri. Majlis pelancaran dan pratonton single dan muzik video Simetri dilakukan di Red Box Pavilion, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Lagu berentak rock moden ciptaan Audi Mok ini mendapat sentuhan Faizal Tahir sebagai gitaris manakala liriknya ditulis Zel Firdhaus Hadauan. Muzik video Simetri akan mula disiarkan di Astro Ria esok, jam 6 petang. Amy atau Suhaimi Abdul Rahman berkata, single Simetri menggambarkan impian dua penyanyi berbeza pengalaman dan pencapaian karier untuk mencapai satu matlamat sama.

“Saya sudah mencapai impian manakala Hazama masih dalam perjalanan untuk mencapai ke tahap itu. Bagi saya kolaborasi ini membuktikan kami tidak berbeza.

“Lagipun, saya menyukai lagu Simetri ini kerana berlainan dengan kebanyakan lagu biasa dinyanyikan bersama kumpulan Search atau solo. Lagu ini ada karakter tersendiri dan mudah dinyanyikan.

“Pelancaran lagu Simetri adalah satu percubaan yang bagus mengenengahkan bakat Hazama. Saya lebih suka bersikap terbuka, fleksibel dan tidak menyimpan dendam dalam hati jika tidak berpuashati dengan prestasi Hazama sepanjang hampir tiga bulan berkongsi suka-duka dan melalui konsert mingguan AF9,” katanya.

Hazama sebelum ini pernah menghasilkan single sulungnya, Cinta Teragung yang dipopularkan sejak Konsert AF9. Lagu nyanyian juara terakhir program realiti TV popular itu menjadi pilihan stesen-stesen radio berikutan sambutan hebat daripada pendengar. Lirik dan lagu Cinta Teragung ciptaan komposer Kuncidemak ini akan bersaing pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-26.

Amy pula terkenal sebagai ikon rock paling berpengaruh di Malaysia bersama Search dan karier solo. Sepanjang 30 tahun berkecimpung, Search menghasilkan lebih 25 album studio dan live.

Hazama yang terkenal dengan tagline ‘ Kaw Tim’ adalah juara terakhir Akademi Fantasia selepas lapan juara sebelum ini seperti Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir.

Kata Hazama , single Simetri memberi pengalaman baru kepadanya berada di studio bersama ikon rock dikenali ramai itu.

“Bayangkan saya berkolaborasi bersama seorang legenda rock Malaysia (Amy Search) pernah berada di pentas bersama kumpulan legenda ‘heavy-metal’ Jepun, Loudness dan menjadi artis undangan untuk konsert Slash sebelum ini.

“Jika diukur daripada patah perkataan dalam studio bersama Amy Search sewaktu rakaman single Simetri, memang sedikit sangat. Saya segan dan tidak tahu topik apa hendak berbual dengan beliau.

“Lagipun, Amy seorang yang serius dan tidak banyak bercakap. Kriteria beliau membuatkan saya mahu belajar daripadanya dan berharap satu hari nanti mencapai impian sepertinya.

“Malah, berkolaborasi bersama beliau bukan bermakna mencari populariti mudah kerana saya lebih suka bekerja keras membina reputasi sendiri,” katanya.

Mengenai solo album, Hazama berkata, buat masa ini, masih mengumpul bahan dan mencari konsep sesuai untuk albumnya. Hazama juga masih menjadi penyanyi sementara MUH dan mengakui lebih selesa menyanyi bersama kumpulan.

Apa pun kata Hazama, dia belum bersedia mempunyai teman wanita dan komitmen untuk mendirikan rumah tangga. Katanya, perkara itu belum difikirkan dan mungkin lambat lagi.

“Saya mahu berjaya terlebih dulu, kemudian barulah memikirkan calon isteri,” katanya yang bakal menyambut hari jadi pada 28 November ini.

Amy bersama Search pula akan menjayakan siri jelajah Konsert Fenomena 30 Tahun Search di Pulau Pinang pada 19 November diikuti Johor Bahru pada 3 Disember dan terakhir di Petaling Jaya pada 17 Disember.

Sementara itu, untuk peminat di Sabah dan Sarawak, Search akan beraksi di Konsert Fenomena Search 30 Tahun - Jelajah Borneo pada 24 Disember di Tawau, Sabah dan menutup 2011 dengan menggegarkan Kuching, Sarawak pada 31 Disember.
Back to top Go down
 
Kolaborasi Hazama, Amy Search
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: