KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 SOSEH SOSEH: Segelintir artis perasan bagus

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

SOSEH SOSEH: Segelintir artis perasan bagus  Empty
PostSubject: SOSEH SOSEH: Segelintir artis perasan bagus    SOSEH SOSEH: Segelintir artis perasan bagus  EmptyFri Nov 11, 2011 3:29 pm

SS memang sokong komen wartawan Harian Metro, baru-baru ini mengenai sikap artis dan karyawan kita yang tidak reti nak menghangatkan majlis hiburan yang mereka sertai sendiri. Tengoklah bagaimana Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) baru-baru ini macam mana jadinya sikap sebahagian besar penonton dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Orang yang duduk di bahagian depan dan tengah pentas rata-ratanya karyawan seni, calon yang bertanding dan kru produksi.

Walaupun ramai bergaya sakan, namun itu hanya luaran saja kerana semangat di dalam jiwa sungguh kusam. SS perhatikan pihak produksi TV3 sendiri terpaksa rakam lebih awal bunyi tepukan, entah dari mana setiap kali persembahan artis, penyampaian trofi dan celoteh hos berakhir. Semuanya demi untuk mendengar lebih meriah.

Malah, ada kawan SS di rumah nampak wajah artis macam tak sokong rakan mereka yang menang di pentas. Apabila kamera fokus kepada artis berkenaan di tempat duduk, tiada reaksi langsung diterima. Jadi mulalah pelbagai andaian timbul di kalangan penonton seperti artis kuat berdengki, iri hati dan tak puas hati dengan kejayaan orang lain.

Itulah semangat yang SS rasa kena buang jauh-jauh. Majlis anugerah hiburan seperti itu adalah bagi mengiktiraf hasil kerja anak seni, bukan golo�ngan doktor, tukang kimpal atau jurutera bangunan. Akan tetapi kalau anak seni sendiri bersikap pasif, lebih baiklah buat majlis anugerah dalam dewan kecil dan majlis ala kadar saja. Ini tidak ia dipancarkan ‘live’ dan semuanya orang dapat tengok di kaca TV.

SS sendiri perasan kalau sesebuah majlis anugerah yang dihadiri lebih ramai peminat ia akan jadi lain dan sungguh hangat. Sebabnya ringkas, mungkin kerana peminat tidak pernah ada kepentingan dalam sesebuah acara itu.

Patutnya pelakon kita kena lebih pandai ‘berlakon’ apabila tahu kamera sedang fokus kepada mereka. Namun, perkara sebegini sukar untuk ‘dilakonkan’ kerana warna sebenar (true colour) boleh keluar apabila mereka berada dalam dunia realiti.

Semua ini juga berkaitan mentaliti. Bercakap lagi pasal mentaliti, semalam seorang penganjur majlis anugerah yang besar di Malaysia me�ngomel kepada SS mengenai sikap seorang artis lelaki yang dulu pernah terkenal dan sekarang sedang memasuki zaman senja, memandang sinis terhadap acara yang akan dianjurkan tidak lama lagi itu. Memang dia perasan bagus!

Baru saja penganjur hantar pesanan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk memaklumkan perkembangan awal mengenai majlis itu, dia sudah balas dengan jawapan mengada-ngada dan langsung tidak berbesar hati. Padahal orang itu ingat dan kenang jasanya dalam dunia seni.

Patutlah SS tengok selalunya di majlis yang besar-besar pelakon lelaki itu jarang ada sebab dia tidak reti nak ‘berdunia’. Berlakon kemaruk lagi, mungkin sebab duit. Malah, ada satu majlis yang dihadirinya, dia enggan bergambar dengan artis dan tetamu lain apabila diminta pihak media dan penganjur. Bagi SS senang, kalau rasa tak mahu bergambar, kenapa datang? Tidakkah itu perangai kurang sopan namanya dan eloklah dia bersara saja.
Back to top Go down
 
SOSEH SOSEH: Segelintir artis perasan bagus
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SOSEH SOSEH: Nourish sayang Nabila
» Hafiz Dipuji Artis Indonesia
» Artis yang tengah TOP masa kini
» Artis ada pakai 10 Bodyguard
» AYu Raudah - Artis Tercantik Malaysia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: