KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Surat Pembaca: Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Surat Pembaca: Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa Empty
PostSubject: Surat Pembaca: Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa   Surat Pembaca: Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa EmptyWed May 26, 2010 12:56 am

2010/04/29
PADA Sabtu, 10 April lalu saya ada membaca artikel disiarkan di muka depan Berita Harian bertajuk ‘Seksa jadi guru’ dan dalam laporan sama juga menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan guru.

Syabas diucapkan kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) atas keprihatinan terhadap bebanan guru sebagaimana dikongsi dalam surat pembaca Berita Harian, juga bertarikh 10 April 2010.
Saya akui cabaran berada dalam bidang pendidikan bukannya mudah kerana saya juga seorang pendidik. Oleh itu, saya hendak menarik perhatian Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pensyarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) juga berdepan masalah sama. Kemuncaknya apabila kami terpaksa bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru pada 2008.

Untuk makluman, kerjaya pendidik tidak seperti kerjaya lain. Sebagai pensyarah, tugasan kami tidak selesai di dewan kuliah malah bersambung di rumah pada sebelah malam. Selain mengajar, kami terpaksa mencari bahan untuk pengajaran pada keesokan hari, menyemak tugasan pelajar, menggubal kertas soalan di samping melaksanakan tugasan dalam jawatankuasa di IPGM termasuklah kerja perkeranian.

Kebanyakan tugas ini terpaksa dilakukan di rumah kerana waktu pejabat digunakan untuk membantu pelajar, penyeliaan praktikum, seminar, menguruskan acara di IPGM, latihan pembangunan staf, mesyuarat dan pelbagai lagi.

Kadang-kadang saya berasa tertekan apabila memikirkan rutin yang terpaksa saya lalui.

Sebagai pendidik, kami sedar tanggungjawab kami. Segala khidmat bakti dicurah dengan ikhlas demi melihat kejayaan anak bangsa. Saya kira sudah tiba masanya pihak yang bertanggungjawab mengkaji kembali dasar kerja lebih masa yang dilaksanakan sama ada ia membantu meningkatkan kualiti kerja pensyarah di IPGM atau sebaliknya.

PENSYARAH PENAT,
Kuala Lumpur
Back to top Go down
 
Surat Pembaca: Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Surat Pembaca: Kaji semula syarat layak pemilihan guru lelaki
» Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1
» Ringan beban bayar sewa
» Jangan paksa diri: Selamiah
» peluang kerja jururawat

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: