KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1 Empty
PostSubject: Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1   Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1 EmptyWed May 26, 2010 12:55 am

2010/04/29
SUDAH banyak dilaporkan mengenai pentingnya penjagaan kebersihan dalam usaha mencegah virus Influenza A (H1N1). Orang awam sentiasa dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan virus itu.

Kerap kali kita diarahkan supaya menjaga kebersihan diri dengan membasuh kedua-dua belah tapak tangan dengan sabun atau pembersih tangan. Saya benar-benar percaya bahawa nasihat itu adalah salah satu cara efektif mencegah penularan H1N1.
Bagaimanapun, saya memperhatikan kebersihan tidak diamalkan secara efektif kerana di tandas awam, sabun atau dispenser sabun tidak disediakan. Di kebanyakan sekolah pula, saya dimaklumkan ibu bapa bahawa tiada sabun disediakan di dalam tandas.

Di hotel atau bangunan yang diuruskan secara persendirian yang pernah saya lawati, sabun yang dibekalkan di dalam bekas (dispenser) tidak dipenuhkan selepas habis digunakan. Tiada yang lebih menjengkelkan apabila kita perlu menggunakan sabun tetapi kosong.

Begitu juga dalam sebilangan tandas yang saya lawati di kementerian atau jabatan kerajaan, kebanyakan bekas sabun tidak dipenuhkan selepas habis digunakan. Semua usaha untuk mengadakan dispenser sabun ini menjadi sia-sia saja.

Bagi saya ini adalah persoalan pengurusan dan penyelenggaraan yang lemah. Ia tidak sepatutnya berlaku sekiranya kita mempunyai budaya penyelenggaraan yang baik. Ketika Kementerian Kesihatan sentiasa mengingatkan mengenai kebersihan, orang awam tidak dapat menyahut seruan itu sekiranya kemudahan ini tidak disediakan.

Saya menyeru agar mereka yang bertanggungjawab dalam mengurus dan menyelenggarakan tandas awam, sama ada di bangunan kerajaan atau sektor swasta memastikan supaya sabun disediakan dan sentiasa diselenggara untuk kegunaan orang awam.
Menyediakan sabun tidaklah begitu mahal. Sekiranya kemudahan itu disediakan ia akan mendatangkan kebaikan dalam mencegah penularan H1N1.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.
Admax Supports Eco-Living . Click here for 10 easy things you can do today to go green!
Back to top Go down
 
Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Surat Pembaca: Kaji semula syarat layak pemilihan guru lelaki
» Surat Pembaca: Beban tugas paksa pensyarah IPGM kerja lebih masa
» Kucing pun pandai menggunakan tandas
» Ulat Tiket Merugikan semua banyak pihak
» Elak terabai: Bekas tentera

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: