KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Elak terabai: Bekas tentera

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Elak terabai: Bekas tentera Empty
PostSubject: Elak terabai: Bekas tentera   Elak terabai: Bekas tentera EmptyMon May 28, 2012 7:53 pm

KEPALA BATAS: Nasib bekas tentera tidak berpencen yang sebelum ini terabai, kini lebih terjamin dengan wujudnya Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (KVTTB) 1Malaysia yang akan menjaga kebajikan mereka. KVTTB kini menjelajah seluruh negara bagi mengesan bekas tentera tidak berpencen melalui program Jejak Kasih agar jasa dan pengorbanan anggota berkenaan tidak diabai begitu saja. Setakat ini lebih 2,000 bekas tentera tidak berpencen berjaya didaftarkan melalui program berkenaan di Sungai Petani, Kedah dan di bandar ini, baru-baru ini.

Presiden KVTTB, Mohd Sabri Abdul Malik, berkata pihaknya melancarkan program Jejak Kasih bagi mengesan semula bekas tentera yang tidak berpencen kerana selama ini tiada pihak tampil berbuat demikian. Katanya, walaupun Persatuan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHV) ditubuhkan, masih ramai bekas tentera tidak berpencen menjalani hidup sukar selepas tidak lagi berkhidmat dalam pasukan.

“Kebajikan kebanyakan bekas tentera tidak berpencen masih tidak memuaskan menyebabkan KVTTB ditubuhkan untuk membantu mereka.

“Usaha menubuhkan KVTTB mendapat reaksi positif melalui kehadiran bekas tentera ketika program Jejak Kasih di Sungai Petani dan di Kepala Batas,” katanya.

Program Jejak Kasih di Dewan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPKKN) di sini, dirasmikan Naib Ketua Umno Bahagian Kepala Batas, Nasir Talib yang turut menyampaikan sumbangan kepada bekas tentera uzur dan kurang upaya. Mohd Sabri berkata, pihaknya juga menubuhkan Koperasi Veteran Tentera Tidak Berpencen supaya masa depan bekas tentera lebih terjamin kerana kebanyakan mereka tiada punca pendapatan tetap.

Bekas anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ishak Abdullah, 59, berkata, dia terharu kerana akhirnya bekas tentera tidak berpencen mendapat perhatian kerajaan dan agensi berkaitan.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Elak terabai: Bekas tentera
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri
» Bekas Hakim India Kagum Ngan Nik Aziz!!!
» Serangan tentera Israel dan Nota maut
» Skandal Isu Kontrak Petronas, Bekas Perdana Menteri Jawab
» Surat pembaca Bharian: Pihak selenggara tandas digesa sedia sabun elak jangkitan H1N1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: