KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Bekalan Air dipotong di perumahan

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Bekalan Air dipotong di perumahan Empty
PostSubject: Bekalan Air dipotong di perumahan   Bekalan Air dipotong di perumahan EmptyMon May 28, 2012 2:05 pm

Bekalan Air dipotong di perumahan Pix_middle
POTONG...paip utama di sebuah blok pangsapuri di Taman Sri Bahtera, Jalan Cheras yang dipotong.

KUALA LUMPUR: Tindakan pengurusan memotong paip utama sebuah blok rumah pangsa di Taman Sri Bahtera, Jalan Cheras, di sini, atas alasan segelintir penghuninya tidak menjelaskan tunggakan penyelenggaraan sejak Isnin lalu mencetuskan kemarahan penduduk.

Penghuni blok terbabit menganggap alasan itu tidak munasabah kerana masalah tunggakan penyelenggaraan tiada kena mengena dengan pemotongan air sehingga menyusahkan mereka.

Penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Norain, 58, berkata, pemotongan tanpa notis itu menyebabkan dia mengambil air dari sekolah cucunya yang terletak berhampiran untuk membancuh susu cucu perempuan berusia dua tahun.

“Saya terpaksa menadah air hujan untuk membersihkan tandas dan mengambil air dari rumah anak yang menetap berhampiran untuk minum dan masak. Saya juga ulang-alik rumah anak untuk mandi dan mencuci baju,” katanya.

Katanya, tindakan pengurusan rumah pangsa itu sudah melampau kerana ia memaksa penghuni blok terbabit untuk mencari bekalan air di luar dan menyukarkan keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Saya dan penduduk lain mula membayar penyelenggaraan RM30 setiap bulan selepas syarikat perumahan serah kepada perbadanan pengurusan rumah pangsa ini empat tahun lalu,” katanya.

Tan Ching Suan, 56, berkata, setiap unit kediaman di rumah pangsa itu dipasangkan meter individu sendiri dan penduduknya membuat bayaran bil kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). “Saya tidak tahu apa kaitan tunggakan penyelenggaraan dengan masalah ini. Sekiranya ada penghuni yang tidak membayar bil air, pihak Syabas tidak sepatutnya memotong meter utama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, Syabas memotong meter utama sekiranya pihak perbadanan pengurusan perumahan gagal membayar bil air utiliti bagi tempoh tertentu. “Selain penduduk yang mempunyai meter individu sendiri, pihak perbadanan pengurusan juga dikehendaki membayar bil untuk kegunaan air bagi kemudahan awam dalam kawasan perumahan seperti kolam renang dan tandas awam,” katanya. Beliau berkata, jumlah bayaran untuk utiliti sangat rendah dan dalam situasi ini bukan salah penghuni blok rumah pangsa berkenaan, tetapi perbadanan pengurusan perumahan itu yang gagal melangsaikan bil kepada Syabas.

Bekalan Air dipotong di perumahan Pix_topright
BEKALAN...penduduk blok terbabit menarik bekalan air dari blok lain.

kredit: harian metro
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Bekalan Air dipotong di perumahan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lulus 49 PPRT (Projek Perumahan rakyat termiskin)
» Kaki Lelaki dipotong untuk dimuatkan dalam keranda kecil

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: