KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Lulus 49 PPRT (Projek Perumahan rakyat termiskin)

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Lulus 49 PPRT (Projek Perumahan rakyat termiskin) Empty
PostSubject: Lulus 49 PPRT (Projek Perumahan rakyat termiskin)   Lulus 49 PPRT (Projek Perumahan rakyat termiskin) EmptyTue Mar 01, 2011 1:01 pm

MERLIMAU: Dalam tempoh dua bulan sejak Januari lalu, Unit Pembangunan Desa (UPD) Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) meluluskan 49 permohonan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau membabitkan kerja pembinaan baru dan membaiki kerosakan rumah dengan kos RM550,398.

Keprihatinan UPD itu pastinya melegakan penduduk sekali gus membantu mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik berbanding sebelum ini yang terpaksa tinggal di rumah usang dan uzur. Seorang penerima bantuan PPRT, Sapi Md Arof, 73, dari Kampung Ayer Merbau, berkata beliau amat gembira dan bersyukur kerana kerajaan membantu beliau dan keluarganya untuk memiliki kediaman yang selesa. "Kerajaan bukan saja membantu kami memiliki kediaman sendiri, malah kerosakan bumbung rumah saya juga mendapat perhatian apabila dibaiki menerusi kerja membaik pulih yang dilakukan baru-baru ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Zakaria Keling, 52, berkata usaha dilakukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ayer Merbau dengan membuat pemantauan terhadap permohonan penduduk yang memerlukan PPRT itu amat baik demi kesejahteraan penduduk.

Zakaria berkata, jika dulu, beliau sekeluarga terpaksa tinggal di rumah yang usang dan reput, namun keprihatinan kerajaan dalam membantu menyediakan rumah PPRT dapat mengubah kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya begitu terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri dan berterima kasih kepada kepimpinan negeri termasuk bekas wakil rakyat, Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan yang begitu prihatin dengan nasib kami sekeluarga.
"Jika dulu rumah kediaman kami uzur, kini dengan adanya rumah PPRT ini, kami dapat tinggal dalam keadaan lebih selesa dan saya juga dapat melangsungkan dua majlis perkahwinan anak saya di rumah PPRT ini," katanya.

Seorang lagi penerima PPRT dari Kampung Chinchin, Mariani Hasan, 52, pula berkata beliau amat berterima kasih kepada kerajaan BN kerana begitu prihatin dengan rakyat yang kurang bernasib baik sepertinya.

Beliau yang juga ibu tunggal sebelum ini tinggal di rumah pusaka ibu bapanya dan lega apabila permohonan untuk mendapatkan rumah PPRT diluluskan JKMM.

"Sebelum ini saya tinggal di rumah arwah ibu bapa saya yang juga mempunyai ramai nama ahli keluarga, tetapi dengan adanya rumah PPRT ini, saya dan dua anak saya dapat tinggal di rumah baru dengan lebih selesa dan sempurna," katanya.
Back to top Go down
 
Lulus 49 PPRT (Projek Perumahan rakyat termiskin)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Bekalan Air dipotong di perumahan
» Datuk Seri Sharizat ABdul Jalil dan Projek Lembu
» Rakyat Malaysia yang hilang di Sydney ditemui
» bantuan Rakyat 1malaysia - rezeki jangan ditolak
» MediaUmno: Rakyat Selangor dapat Sampah percuma

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: