KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Rumah ‘terapung’ busuk

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Rumah ‘terapung’ busuk Empty
PostSubject: Rumah ‘terapung’ busuk   Rumah ‘terapung’ busuk EmptyMon May 28, 2012 7:49 pm

ALOR GAJAH: Busuk dan memualkan. Begitu keadaan air yang bertakung di sebahagian rumah penduduk di Jalan Benteng, Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, sejak setahun lalu. Keadaan itu menjejaskan keselesaan penduduk selain memberi gambaran kurang elok kepada imej kampung berkenaan. Penduduk, Dahlan Keri, 63, yang menetap di kampung berkenaan bersama isteri, Rohani Hashim, 55, sejak 10 tahun lalu berdepan bau air bertakung yang meloyakan.

“Kawasan kebun saya dulunya tanah tinggi, namun disebabkan tambakan tanah di kiri dan kanan bersebelahan rumah mengakibatkan kawasan berkenaan menjadi rendah.

“Jangankan saya, orang ramai yang melalui hadapan rumah saya turut tidak selesa melihat keadaan air bertakung hingga berminggu selepas hujan menyebabkan bau kurang enak,” katanya.

Menurut Dahlan, penghujung tahun lalu dia memajukan surat kepada Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi memohon sistem perparitan dibina di sekeliling rumahnya.

“Permohonan saya itu disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman dan sudah dimajukan kepada pihak berkaitan.

“Selepas beberapa bulan, pihak berkaitan menghantar wakil mereka datang ke rumah saya kononnya untuk mengambil gambar di kawasan rendah yang ditakungi air sejak berminggu-minggu. “Tetapi, mereka hanya datang sekali dan tidak datang lagi selepas itu. Selepas beberapa bulan berlalu, keadaan sama berulang.

“Jika sebulan tidak hujan ia surut, tetapi bila hujan turun beberapa minit air kembali bertakung berminggu lamanya,” katanya.

Katanya, dia sekeluarga bimbang banyak binatang berbisa muncul setiap kali air memenuhi halaman dan belakang rumah, malah tidak tahan dengan bau busuk.

“Bukan saja berbau busuk, kawasan yang ditakungi air membiak jentik-jentik dan saya bimbang dijangkiti demam denggi atau malaria disebabkan banyak nyamuk.

“Ia disebabkan air tidak dapat mengalir terus ke sungai berhampiran kerana tiada pembetung dan sistem perparitan yang sempurna,” katanya.

Dahlan mendakwa, bukan saja rumahnya yang terjejas, malah beberapa jiran lain turut berdepan masalah sama, namun mereka seperti tidak mengendahkan hal itu. Tinjauan Metroplus di kawasan persekitaran rumah berkenaan mendapati, air yang bertakung di sekitar rumah berkenaan berbau hanyir dan banyak jentik-jentik ‘menghuni’ takungan air itu.

Sementara itu, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Hasni Yang Ghazali berkata, beliau difahamkan permohonan individu terbabit sudah dimajukan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan. Beliau bercadang memanjangkan perkara itu kepada pihak berkaitan dan menggesa permohonan beberapa penduduk yang terbabit dikaji semula dengan telus.

“Masalah berkenaan sudah berlarutan sejak setahun lalu, namun keadaan itu tidak berubah dan minta pihak yang berkenaan membuat sesuatu tindakan segera,” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Rumah ‘terapung’ busuk
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Rumah berharga setengah Juta?
» Atlit tuan rumah positif dadah
» BUDAK 13 TAhuN LarI RUmah 10 KALi?
» Rumah papan pak lah berharga RM 12 Juta
» Penipuan dalam jual beli rumah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: