KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Warga Tua celik IT

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Warga Tua celik IT Empty
PostSubject: Warga Tua celik IT   Warga Tua celik IT EmptyMon May 28, 2012 7:50 pm

Tarik warga emas dekati IT

GEORGETOWN: Sekumpulan pelajar tahun akhir Komunikasi Pemujukan Universiti Sains Malaysia (USM), mengambil inisiatif bagi memastikan golongan warga emas turut sama aktif dalam dunia teknologi maklumat dengan menganjurkan Konvensyen Rangkaian Sosial khas buat warga emas.

Konvensyen bertemakan IT4 Connecting, Caring, Changing Lives of Seniors (e3Cs) yang diadakan esok bertujuan memberi pendedahan kepada mereka terhadap kemudahan dan faedah penggunaan media sosial.

Pengarah Projek, Nur Farah Asmaq Abdul Rahim berkata, acara kemuncak akan diadakan di Auditorium Dewan Budaya, USM bermula jam 9 pagi membabitkan hampir 200 peserta termasuk berusia 45 tahun ke atas. Menurutnya, ia mewakili ahli jawatankuasa kampung sekitar Pulau Pinang termasuk warga kampus USM yang akan membincangkan pelbagai topik antaranya perhubungan komuniti menerusi media sosial, perniagaan kecil melalui media sosial, cabaran dalam penggunaan media sosial dan pelbagai lagi.

“Atas sebab itulah, kita mengambil inisiatif ini bagi membantu warga emas menguasai media sosial elektronik seperti e-mel, facebook, twitter, skype dan sebagainya supaya dapat mengurangkan jurang komunikasi antara golongan belia dan warga emas dalam aspek pengetahuan serta teknologi maklumat.” “Penceramah berpengalaman dalam bidang sosial, pelajar universiti awam dan swasta, wakil industri dan badan kerajaan berkaitan juga dijemput membantu menjayakan konvensyen ini,” katanya ketika ditemui di USM, baru-baru ini.

Turut diadakan ialah pelbagai aktiviti menarik khas buat peserta dan warga kampus pada minggu prapelancaran itu yang membabitkan pameran, kempen, derma darah dan jualan amal. Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman serta Penasihat Kempen, Prof Madya Khor Yoke Lim dan Dr Nor Hazlina Hasyim.

Sementara itu, Omar berkata, inisiatif pelajar USM dalam penganjuran aktiviti bagi mengubah gaya hidup warga emas ke arah yang lebih berinformasi dan celik IT amnya dalam media sosial itu wajar dipuji.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Warga Tua celik IT
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Celik ICT
» Warga Asing Monopoli Perniagaan
» Imigresen tahan 106 warga asing
» Warga Eropah kecam Israel
» Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: