KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Celik ICT

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Celik ICT Empty
PostSubject: Celik ICT   Celik ICT EmptyTue Mar 01, 2011 1:02 pm

TEMERLOH: Kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di Pusat Jalur Komuniti (PJK) yang disediakan di FELDA Jengka 22,23 dan 25 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau membantu generasi muda luar bandar celik ICT.

Siapa sangka, pelajar Tahun Satu di situ kini sudah bijak menggunakan internet serta memiliki laman sosial Facebook untuk berinteraksi dan berkenalan dengan rakan sebaya di seluruh negara. Malah, mereka juga mahir melayari internet untuk membuat rujukan pelbagai maklumat serta mengetahui perkembangan semasa yang berlaku di luar kawasan tempat tinggal mereka dengan lebih cepat. PJK itu tidak mungkin diperoleh mereka jika tiada inisiatif dilakukan kerajaan yang prihatin dan mahu melihat perubahan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka selepas 54 tahun FELDA diwujudkan.

Pengurus PJK FELDA Jengka 23, Mohd Shahrir Md Yusof, berkata pusat komuniti itu adalah projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Telekom Malaysia ™. Katanya, ia memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

"Kemudahan ini membolehkan semua lapisan masyarakat di tanah rancangan ini menjalankan urusan harian dengan mudah, menjimatkan masa, wang dan tenaga kerana mereka hanya menggunakan kemudahan internet di PJK.
"Ini disebabkan kita boleh membayar bil utiliti, memperbaharui cukai jalan, insurans, urusan pemindahan wang secara dalam talian, mengiklankan produk jualan dan menggunakan sistem penyampaian kerajaan seperti membuat aduan di hujung jari saja," katanya.

Mohd Shahrir berkata, sejak PJK itu beroperasi April tahun lalu, penduduk di FELDA berkenaan tidak perlu lagi menempuh perjalanan lebih 40 kilometer ke bandar Temerloh atau Bandar Pusat Jengka untuk berbuat demikian. PJK FELDA Jengka 23 memiliki 20 unit komputer dan dibuka tujuh hari seminggu bermula jam 9 pagi hingga jam 6 petang turut menyediakan kelas asas komputer dan internet, aplikasi elektronik dan menjual aksesori komputer.

"Secara purata, lebih 100 penduduk memanfaatkan kemudahan berkenaan setiap hari, sama ada untuk urusan harian dan melayari internet," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) FELDA berkenaan, Ahmad Faizal Sulaiman, berkata pusat komuniti itu juga memberi alternatif kepada generasi muda untuk mengisi masa lapang, sekali gus mengelak daripada gejala tidak sihat.

"Kemudahan ini juga dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar, selain memberi peluang mereka untuk menikmati kemajuan berbanding sebelum ini kerana terpaksa menempuh perjalanan jauh ke siber kafe di bandar Temerloh," katanya.
Back to top Go down
 
Celik ICT
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Warga Tua celik IT

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: