KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki Empty
PostSubject: Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki   Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki EmptyMon May 28, 2012 7:55 pm

ENDAU: Pengumuman pemberian durian runtuh RM15,000 untuk setiap keluarga peneroka Felda oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei lalu, menceriakan 27 peneroka asal Felda Endau, iaitu tanah rancangan tertua di negeri ini. Ia mula dibuka lebih 50 tahun lalu dan kebanyakan peneroka asal Felda itu sudah meninggal dunia, malah 27 generasi pertama yang masih hidup kini berusia antara 70 hingga 80 tahun.

Namun, pengumuman berkenaan menggembirakan mereka yang selama ini terpaksa berkorban meneroka tanah rancangan berkenaan untuk menanam getah. Peneroka, Bujang Abdul Wahid, 80, ketika ditemui berkata, mereka bersyukur dengan pemberian disifatkan sebagai rezeki peneroka generasi pertama yang masih hidup.

“Sebagai penerima, sudah tentu saya rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meneruskan kesinambungan arwah ayahnya mengutamakan kebajikan rakyat terutama golongan peneroka Felda.

“Saya bercadang sedekahkan sebahagian wang pemberian itu kepada fakir miskin dan anak yatim, selain menyimpan untuk kegunaan keluarga.

“Rezeki diterima ini sebahagian daripada pengorbanan kami suatu ketika dulu untuk membangunkan tanah rancangan dan sebagai tanda syukur, ia perlu dikongsi dengan golongan kurang bernasib baik untuk merasai sebahagian nikmat itu,” katanya.

Penerima, Ngah Yasin, 74, berkata, pengumuman mengejutkan itu menyebabkan seolah-olah tidak percaya. Bagaimanapun, selepas mendengar sendiri berita itu barulah sedar nikmat diperoleh itu adalah tanda keikhlasan kerajaan membantu rakyat terutama peneroka Felda.

“Peneroka Felda Endau sudah mendapat geran dan kini berstatus kampung tetapi pengumuman Perdana Menteri itu nyata tidak meminggirkan kami.

“Malah generasi kedua turut mendapat pemberian sama bagi pihak peneroka asal,” katanya.

Sementara itu, Shamsudin Atan, 45, yang juga generasi kedua Felda merangkap Ketua Kampung Felda Endau berkata, sebagai penerima dia akan mengagihkan wang berkenaan kepada adik-beradiknya dengan adil.

“Durian runtuh ini diharap akan digunakan semua peneroka dengan sebaiknya dan mengagihkan mengikut keutamaan bagi mengimbangi perbelanjaan.

“Sudah pasti ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Sehubungan itu, saya berharap penerima tidak akan membazir sebaliknya menggunakan wang itu sebaik-baiknya,” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Temerloh: Dun Kerdau dapat durian runtuh
» bantuan Rakyat 1malaysia - rezeki jangan ditolak
» Musim durian kembali
» Tembok 50 meter runtuh
» Kongsi kepakaran

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: