KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Kongsi kepakaran

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Kongsi kepakaran Empty
PostSubject: Kongsi kepakaran   Kongsi kepakaran EmptyMon May 28, 2012 8:04 pm

MERSING: Seramai 800 ahli Kelab Kereta Antik Vintage Malaysia dan Singapura bukan saja mengumpulkan peminat kereta antik sebagai aktiviti utama, malah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Berbeza dengan kelab kereta lain yang banyak berkonvoi ke seluruh negara, ahli kelab itu aktif menjalankan aktiviti kebajikan termasuk sumbangan kepada pesakit dan anak yatim serta lawatan ke rumah kebajikan.

Presidennya, E S Luke, berkata, terdapat ahli mempunyai kereta berusia hampir 100 tahun dan masih dalam keadaan baik kerana setiap ahli berkongsi kemahiran serta kepakaran penjagaan enjin dan alat ganti kenderaan.

“Kami berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan peminat kereta klasik di seluruh negara kerana hubungan rapat malah mereka sering mengadakan pertemuan hujung minggu selain aktiviti berkonvoi.

“Lebih menarik, kami mempunyai mekanik sendiri yang berperanan membantu menyelenggara kerosakan kereta ahli.

“Memang benar, minat terhadap kereta antik memerlukan modal besar namun, semakin ramai cenderung menjadikannya hobi kerana ia menjanjikan kepuasan kepada ahli.

“Malah, kami turut membuka keahlian kepada mereka yang belum mempunyai kereta klasik asalkan mereka berminat,” katanya ketika ditemui di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chio Ching, di sini.

Menurutnya, apa yang penting semua ahli berkongsi minat dan atas dasar itu tiada sebarang masalah untuk ahli lain menerima kehadiran peminat kereta klasik walaupun mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Kongsi kepakaran
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kongsi resepi Masakan
» Kongsi gambar Kereta Proton
» Durian Runtuh Felda: Kami mahu kongsi Rezeki

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: