KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Faizal Tahir : Perjalanan Untuk Popular Masih Jauh

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

Faizal Tahir : Perjalanan Untuk Popular Masih Jauh Empty
PostSubject: Faizal Tahir : Perjalanan Untuk Popular Masih Jauh   Faizal Tahir : Perjalanan Untuk Popular Masih Jauh EmptyWed May 26, 2010 1:10 am

Oleh KEMALIA OTHMAN

Faizal Tahir : Perjalanan Untuk Popular Masih Jauh Faizal20tahir
Faizal akan mengadakan konsert bergerak bersama Ratu rock, Ella menerusi Konsert Jelajah 2 Zaman NR.

BIARPUN tidak memenangi sebarang anugerah di Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini, Faizal Tahir yang sinonim dengan jolokan 'Superman Malaysia' ini tidak pernah mengharapkan semua itu.

Baginya, perjalanan ke arah itu masih lagi jauh. Malah pernah terlintas dalam fikiran bahawa dia tidak akan memenangi anugerah itu.

"Saya tidak menang di ABP bukan sesuatu yang mengejutkan, sebab saya pernah terfikir yang saya tidak akan menang anugerah ini sampai bila-bila. Saya sedar perjalanan kerjaya saya masih lagi jauh.

"Terus-terang dalam menjalani kehidupan sebagai artis dan pemuzik, saya tidak pernah memikirkan soal populariti. Bagi saya, dapat menghasilkan produk berkualiti sudah cukup mendatangkan kepuasan," katanya.

Dalam pada itu, Faizal bakal melancarkan album terbaru berjudul Adrenalin dan telah memilih Hard Rock Cafe, Pulau Pinang sebagai lokasi pelancaran.

Justeru itu, bagi mempromosi album tersebut, dia telah merancang mengadakan persembahan jelajah di seluruh Malaysia bersama pemuzik iringan sebagaimana yang diimpikan selama ini.

"Konsert jelajah untuk album sendiri adalah idaman setiap artis, namun saya sedar sejak kebelakangan ini ia bukan sesuatu yang mudah.

"Saya sangat berterima kasih kepada bos saya, Ahmad Izham Omar, kerana dia meluluskan permintaan saya mengadakan road tour sempena mempromosikan Adrenalin.

"Promosi road tour seperti ini perlu diwujudkan semula untuk mendekati peminat. Saya mahu kejayaan saya ini diraikan bersama peminat.

"Bagi saya peminat yang menyebabkan saya terus berada di sini. Oleh itu, persembahan jelajah ini adalah tanda penghargaan saya kepada mereka," jelasnya.

Sementara itu, Faizal akan mengadakan konsert bergerak bersama Ratu Rock, Ella menerusi Konsert Jelajah 2 Zaman NR. Konsert anjuran MISB Resources Sdn Bhd itu akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara dan terhad kepada 1500 pelanggan yang membeli set rangkaian produk NR berharga RM100.

Konsert jelajah yang pertama akan diadakan di Auto-City, Juru, Seberang Perai Pulau Pinang pada 1 Mei ini, diikuti Danga City Mall, Johor Bahru pada 8 Mei, Mesra Mall, Kemaman, Terengganu pada 28 Mei dan Kota Kinabalu, Sabah atau Kuala Lumpur pada 5 Jun hadapan.
Back to top Go down
 
Faizal Tahir : Perjalanan Untuk Popular Masih Jauh
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Evolusi Muzik Faizal Tahir
» Faizal Tahir Pecahkan Gitar RM10,000
» Minggu Setiusaha bersama faizal tahir
» Anak Sangka Faizal Tahir Berada Di Pejabat..
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: