KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Perak bina ‘Auto City’

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Perak bina ‘Auto City’ Empty
PostSubject: Perak bina ‘Auto City’   Perak bina ‘Auto City’ EmptyMon May 28, 2012 7:59 pm

IPOH: Perak bakal memiliki mercu tanda baru apabila kerajaan negeri akan membina ‘Auto City’ selain litar lumba Formula 2 bagi menarik lebih banyak pelabur ke negeri ini. Difahamkan, kerajaan negeri sudah mengenal pasti lokasi strategik untuk menempatkan bandar automotif ini yang akan mula dibangunkan tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, projek berkenaan yang bernilai jutaan ringgit akan membabitkan keluasan 240 hektar bagi membangunkan bandar yang mempunyai kelengkapan berasaskan automotif sepenuhnya.

“Perak kini merangka satu lagi projek bertaraf mega. Projek berkenaan mendapat kerjasama syarikat Singapura dan ia bakal menjadi sebuah bandar yang mempunyai kelengkapan sebagai ‘Auto City’ iaitu bandar berasaskan kepada perniagaan berteraskan kepada penjualan kereta, peralatan kereta dan pusat servis.

“Kawasan itu turut menempatkan sebuah litar lumba kereta, taman tema, kawasan penginapan, hotel dan sebagainya,” katanya.

Zambry berkata, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan berdekatan bandar raya ini.

“Saya akan mengumumkan mengenai projek itu, termasuk menyatakan nama syarikat terbabit tidak lama lagi,” katanya.

Zambry berkata, Perak sentiasa memastikan setiap projek memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan rakyat.

“Bagi saya dan kerajaan negeri, apa yang lebih penting ialah sama ada projek berkenaan bersifat strategik atau tidak dan bukannya sekadar bertaraf mega, tetapi tidak memberi pulangan baik kepada ekonomi.

“Kita tidak mahu Perak dijadikan tempat longgokan projek tidak diperlukan di tempat lain. Kita mahu projek besar yang menjadi pemangkin pertumbuhan seterusnya,” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Perak bina ‘Auto City’
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ketua penyokong Pas Perak mati ditembak
» Dirham Dinar Emas Perak dan alasan memilikinya
» Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti ALAM BINA (FAB)
» Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: