KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta Empty
PostSubject: Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta   Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta EmptyMon Jun 07, 2010 12:27 pm

from bharian.com

JOTUN (Malaysia) Sdn Bhd, pengeluar cat terkemuka berpangkalan di Norway, memperuntukkan sebanyak AS$44 juta (RM160 juta) bagi membina pusat pengeluaran cat serantau di Nilai, Negeri Sembilan yang akan berfungsi sebagai hab bagi operasi syarikat terbabit di Asia Tenggara.

Apabila siap kelak, pusat pengeluaran berkenaan akan turut menjadi kilang pelarut pewarna cat pertama di luar Norway yang akan menghasilkan pigmen warna khusus untuk keperluan mesin mengadun cat di rantau ini. Pengarah Rantau Asia Tenggara dan Pengarah Urusannya, Peder Bohlin, berkata pusat pengeluaran serantau berkeluasan kira-kira 93,000 meter persegi itu bakal menjadi pusat pengeluaran tercanggih dimiliki syarikat itu yang menggunakan pakai teknologi terbaru Jotun. Katanya, apabila beroperasi sepenuhnya pada Mac 2011, syarikat terbabit akan menutup keseluruhan operasi kilang sedia ada di Singapura dan memindahkan operasinya ke Malaysia.

Beliau berkata, operasi di Singapura akan digantikan dengan pusat pengedaran baru yang dijangka akan siap pada suku kedua tahun ini dengan nilai pelaburan pembangunan keseluruhan sebanyak AS$17 juta (RM54.4 juta).

“Malaysia lebih diyakini kerana menawarkan persekitaran operasi perniagaan yang selesa, tenaga kerja mahir, keupayaan pelbagai bahasa utama dan kos operasi yang lebih rendah, kesemua faktor ini digabungkan dan menjadi penyebab utama kami memilih Malaysia daripada Singapura.

“Kami akan beroperasi di dua tempat iaitu Kilang Shah Alam untuk mengeluarkan cat pelbagai jenis termasuk cat air dan cat dekorasi, manakala kilang baru Nilai akan mengeluarkan pelarut pewarna cat, cat perlindungan marin serta produk cat khusus dan termaju,” katanya di Shah Alam.
Back to top Go down
 
Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Perak bina ‘Auto City’
» Kaabah pusat bumi
» Rumah berharga setengah Juta?
» Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu
» Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: