KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu Empty
PostSubject: Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu   Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu EmptyMon May 28, 2012 8:05 pm

KULIM: Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu tidak melepaskan peluang untuk meraikan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Jagaan Mentari, Kulim, bagi memberi keceriaan sempena sambutan Hari Ibu, baru-baru ini. Ketuanya, Datin Norsabrina Mohd Noor berkata, sambutan Hari Ibu diadakan di pusat jagaan itu bagi memberi kegembiraan kepada penghuninya kerana mereka hidup dalam kesedihan dan sebatang kara tanpa anak-anak di sini.

Katanya, menerusi program anjuran bersama Persatuan Sivik India Malaysia (Persim) itu, mereka melihat wajah penghuni pusat jagaan berkenaan amat ceria dan mampu melupakan kisah silam masing-masing.

“Peranan wanita sekarang semakin penting kerana turut memberi sumbangan amat besar kepada negara. Dalam arus pembangunan moden, tugas para ibu semakin mencabar dan kini ramai di kalangan mereka mempunyai kerjaya sama ada profesional ataupun tidak.


“Mereka harus membahagikan masa dan perlu memberi komitmen dengan baik antara kerjaya dan tanggungjawab besar dalam mendidik anak-anak serta rumah tangga sehingga anak mereka berjaya ke universiti,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, selain sambutan Hari Ibu, pihaknya turut meraikan sambutan Hari Jururawat dengan memberi sumbangan kek kepada 13 wad di Hospital Kulim bagi menghargai jasa jururawat yang berkorban menjaga pesakit.

“Menerusi program ini, ia bukan saja meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tetapi mewujudkan rasa hormat kepada wanita dan hak serta pengorbanan mereka,” katanya.
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Rai warga Pusat Jagaan Mentari sempena Hari Ibu
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Jotun bina pusat pengeluaran cat serantau RM160 juta
» Warga Asing Monopoli Perniagaan
» Imigresen tahan 106 warga asing
» Warga Tua celik IT
» Pusat setinggan di Johor Bahru sarang penjenayah

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: