KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke Empty
PostSubject: Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke   Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke EmptyMon May 28, 2012 9:09 pm

Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke 503748-genital-dinner-565x318

TOKYO – Seorang pelukis Jepun mempunyai cara tersendiri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks dengan memasak alat kelaminnya sendiri untuk dijamah lima orang yang membayar harga hidangan itu di Tokyo, baru-baru ini.

Mao Sugiyama menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu, menyimpannya pada takat beku selama dua bulan sebelum memasaknya untuk pelanggan di sebuah dewan pada 13 Mei, menurut keterangannya di laman Twitter miliknya dan laporan polis tempatan.

Pelanggan terbabit membayar 20,000 yen (RM750) bagi sepinggan hidangan alat kelamin itu. Gambar di laman web menunjukkan cendawan dan daun pasli dalam hidangan itu.

Sugiyama, 22, dilaporkan memberitahu melalui Twitter bahawa organ terbabit dibuang oleh doktor bertauliah dan disahkan bebas daripada sebarang jangkitan.

Hidangan berkenaan disediakan di bawah seliaan seorang tukang masak berkelayakan dan mereka yang membayar hidangan itu dikehendaki menandatangani dokumen tidak menuntut ganti rugi daripada Sugiyama serta penganjur acara itu.

Pada 18 Mei lalu, Sugiyama berkata, pelbagai langkah diambil untuk memenuhi syarat undang-undang tertentu termasuk larangan menjual organ, memproses sisa perubatan selain peraturan kebersihan makanan.

“Saya disoal beberapa lelaki dan wanita yang bertanya ‘adakah acara ini akan diadakan lagi? Mereka minta supaya diadakan sekali lagi. Cuma, hanya ada satu set organ lelaki.

“Malang sekali saya tidak mempunyai rancangan sama pada masa akan datang,” katanya dalam Twitter pada 16 Mei lalu.

Sugiyama yang menyifatkan dirinya ‘asexual’ iaitu tidak mempunyai alat kelamin mulanya memikirkan untuk memakan sendiri alat kelaminnya itu tetapi memutuskan untuk mendapatkan pelanggan bagi membayar bil hospital pembedahan itu.

Dalam satu emel kepada agensi berita, dia mengesahkan bahawa majlis memasak dan menghidangkannya itu sudah berlangsung dan berkata ia dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran ramai wujudnya golongan ‘minoriti seksual, jantina-x dan asexual.’
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lelaki Gila Seks ganggu wardina
» Fisiologi Seks Lelaki
» Suami Gila Parangkan Rakan Berzina dengan isteri
» Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan
» Pelakon lelaki Macho dulunya lelaki lembut

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: