KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan

Go down 
AuthorMessage
Tomato man

Tomato man


Posts : 267
DUIT gempakZ : 727
REPUTASI : 1
Join date : 2010-05-25

Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan Empty
PostSubject: Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan   Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan EmptyTue Jul 27, 2010 11:30 am

Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan Frontpage

KUALA LUMPUR: “Mama ikut Nasywa ya, kita mati sama-sama...” itu ayat yang tertera pada sekeping nota dipercayai ditulis seorang pembantu rumah warga Indonesia sebelum cuba terjun bersama bayi majikannya berusia lima bulan dari tingkat enam sebuah kondominium di Segambut di sini.Cubaan itu, bagaimanapun gagal apabila ibu bayi berkenaan, Azlinda Ibrahim, 37, berjaya memujuk wanita dipercayai menghadapi masalah mental itu dan menyelamatkan bayinya selepas bergelut hampir setengah jam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari beberapa hari lalu, selepas Azlinda, seorang suri rumah, terdengar pembantu rumahnya, Siti Pajar, 21, yang baru tiga bulan diambil bekerja bercakap seorang diri dan menangis di dalam biliknya.

Dia segera menghubungi suaminya di pejabat kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini selepas mengesyaki pembantu rumah yang kematian anak sebelum datang bekerja di negara ini, mungkin melakukan sesuatu tindakan di luar kawalan.

“Sebaik membuka pintu biliknya, saya lihat Siti berdiri di atas tangga dan bersedia untuk melompat keluar dari tingkap. Tanpa berlengah saya menariknya dan kami terjatuh di atas lantai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pembantu rumah itu seolah-olah ‘hilang akal’ apabila berlari ke bilik tidur utama dan mengambil bayinya, Mia Adreeyan yang tidur sambil berulang kali menyatakan mereka akan mati bersama.

Dalam keadaan panik saya menerkam ke arah Siti sambil menjerit meminta tolong dan merampas Mia daripada dakapannya” katanya.

Ketika pergelutan itu, Azlinda sempat menekan butang interkom untuk menghubungi pengawal keselamatan memaklumkan cubaan Siti terjun melalui tingkap bersama bayinya.“Selepas lebih kurang 15 minit, pengawal keselamatan tiba dan saya terpaksa mencampakkan kunci rumah ke arah pintu kerana masih memegang Siti yang masih meronta-ronta untuk melompat keluar dari tingkap,” katanya.


Suaminya, Mohd Aleemin Othman, 58, yang tiba di rumah sejurus kemudian menghubungi ambulans untuk menghantar Siti ke hospital kerana mengesyaki wanita itu menelan beberapa pil yang tidak diketahui jenis sebelum cuba membunuh diri.

Difahamkan, pembantu rumah yang sudah berkhidmat bersama keluarga mangsa selama tiga bulan itu menghadapi tekanan perasaan selepas kematian bayi perempuannya, dikenali sebagai Nasywa kira-kira dua tahun lalu dan sering tersasul memanggil Mia Adreeyan dengan nama arwah bayinya itu.

“Kejadian itu membuatkan saya trauma dan hidup ketakutan sehinggakan saya tidak berani keluar rumah kerana khuatir sesuatu terjadi kepada bayi saya” kata Azlinda.

Dia berharap kejadian menimpa dirinya dijadikan teladan kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika mengambil pembantu rumah warga asing dan seboleh-bolehnya mereka menyiasat latar belakang amah itu terlebih dulu sebelum mengambil mereka bekerja.

Susulan itu, Azlinda dan suaminya membuat laporan di Balai Polis Kepong dan menghubungi pihak agensi untuk membuat aduan dan menyelesaikan masalah pembantu rumah terbabit.

Bagaimanapun, suri rumah itu kesal kerana mendakwa agensi terbabit mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan sehingga kini belum memberi maklum balas kepada keluarganya.

Pembantu rumah terbabit dipercayai sudah dibenarkan keluar dari hospital dan kini berada dalam jagaan agensinya.

P/S HATI-HATI LA MEMILIH AMAH...SEBAB SAKIT JIWA KAT DALAM TAK NAMPAK SECARA LAHIRIAH !
Back to top Go down
 
Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid
» Jatuh dari Tingkat 8 nak lari dari rumah majikan
» Lelaki Gila Seks ganggu wardina
» Hidangan Organ Seks Lelaki?? Gila ke
» Amah Indonesia diambil sehingga 8000 sebulan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: