KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Amah Indonesia diambil sehingga 8000 sebulan

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Amah Indonesia diambil sehingga 8000 sebulan Empty
PostSubject: Amah Indonesia diambil sehingga 8000 sebulan   Amah Indonesia diambil sehingga 8000 sebulan EmptyTue Jun 05, 2012 10:23 pm

8,000 amah Indonesia diambil sebulan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 8,000 pembantu rumah Indonesia akan memasuki negara ini setiap bulan bagi menampung keperluan dan permintaan majikan di Malaysia.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahlan, berkata jumlah berkenaan adalah anggaran kemasukan untuk memenuhi kira-kira 100,000 permohonan khidmat pembantu rumah.
Justeru, beliau khuatir sama ada Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bersedia menerima gelombang kemasukan pembantu rumah dan memastikan semua proses permohonan berjalan lancar.

“Dengan peraturan baru berdasarkan memorandum persefahaman (MOU) yang dipersetujui, semua permohonan majikan yang dikemukakan kepada agensi perlu melalui JTK dan Imigresen terlebih dulu. Adakah pihak berkenaan bersedia memastikan proses permohonan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam kelmarin bahawa Malaysia memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah Indonesia bagi menampung permintaan.

Raja Zulkepley berkata, pihaknya menerima hampir 80,000 permohonan pembantu rumah warga Indonesia dan jumlah itu terus meningkat.

Katanya, mengikut taklimat kepada agensi, proses oleh Imigresen akan mengambil masa hampir dua minggu dan JTK dalam tempoh tiga hari.
"Saya harap proses permohonan lancar walaupun dengan kemasukan besar-besaran pembantu rumah dan agensi pekerjaan tidak dipersalahkan jika berlaku kelewatan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo, berkata pihaknya berusaha menambah kemasukan pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak boleh menghantar pembantu
rumah ke negara ini hanya dalam seminggu atau sebulan kerana ia memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Quote :
"Dengan peraturan baru berdasarkan memorandum persefahaman (MOU) yang dipersetujui, semua permohonan majikan yang dikemukakan kepada agensi perlu melalui JTK dan Imigresen terlebih dulu. Adakah pihak berkenaan bersedia memastikan proses permohonan dipenuhi dalam tempoh dijanjikan." - Datuk Raja Zulkepley Dahlan, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PIKAP)
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Amah Indonesia diambil sehingga 8000 sebulan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Amah Gila mahu mati bersama Bayi Majikan
» Pengetua Akademi Fantasia 9 bakal diambil dari seberang?
» Penampakan Hantu Indonesia
» Wanita Indonesia Dirogol bergilir-gilir dan diliwat anggota polis
» Hafiz Dipuji Artis Indonesia

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: