KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat Empty
PostSubject: Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat   Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat EmptyTue May 29, 2012 2:56 pm

Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat Sultanjohor513

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kesal kerana biarpun sudah berkali-kali diingatkan masih ada pihak yang percaya kepada broker pingat untuk dapat Darjah Kebesaran di Johor.

“Kepada sesiapa yang rasa dirinya layak untuk menerima pingat atau darjah kebesaran, sabar-sabar dulu, saya belum rabun lagi dan saya nampak siapa yang patut menerimanya,” titah baginda pada majlis makan malam Johor Di Hatiku di PWTC, Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Bertitah lanjut, baginda mengingatkan bahawa pengurniaan pingat dan darjah di Negeri Johor adalah kuasa mutlak raja yang memerintah.

“Semuanya adalah mengikut titik pandang saya sendiri, bukan dicadangkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu janganlah ada sesiapapun yang cuba melobi saya dalam hal ini,” titahnya.

Sultan Ibrahim memberi contoh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya dikurniakan Darjah Mahkota Johor setelah begitu lama menjadi Menteri Besar Johor.

Sebelum ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan terhadap broker pingat yang didapati bersalah kerana menipu orang kenamaan yang mahukan pingat dengan jalan mudah.

Sementara itu, menyentuh mengenai pembangunan negeri Johor, Sultan Ibrahim bertitah, pembangunan ekonomi negeri itu pada ketika ini adalah hasil usaha pemimpin kerajaan dan seluruh rakyat Johor.

“Sejak dulu lagi negeri Johor telah berjaya melahirkan ramai pemimpin Melayu terbilang pada hari ini. Kita mempunyai Timbalan Perdana Menteri dan ramai menteri yang merupakan orang Johor. Oleh yg demikian dengan adanya pemimpin-pemimpin atasan dari Johor, saya berahap mereka tidak lupa membantu negeri sendiri.

“Sekiranya ada projek-projek kerajaan yang hendak diagih-agihkan, bagilah peluang kepada syarikat atau pengusaha dari Johor. Jika ada sumbangan yang hendak dihulurkan, berilah keutamaan kepada rakyat Johor dan jika ada pembangunan yang hendak dibuat, bawalah ke Negeri Johor.Siapalah yang akan membantu negeri kita kalau bukan orang kita sendiri,” titahnya.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman, beberapa menteri kabinet dan ahli-ahli Parlimen dari Johor.– 31/3/12. OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Lanjutan Datuk Nizar komen bidaan Sultan Johor
» Chua hilang 3 darjah kebesaran
» Johor Sultan is owner of number plate WWW 1
» Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru
» PULAU PINANG PSY Gangnam Style komen ustaz asri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: