KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Lanjutan Datuk Nizar komen bidaan Sultan Johor

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Lanjutan Datuk Nizar komen bidaan Sultan Johor Empty
PostSubject: Lanjutan Datuk Nizar komen bidaan Sultan Johor   Lanjutan Datuk Nizar komen bidaan Sultan Johor EmptyTue Jun 05, 2012 10:27 pm

Nizar dijangka beri keterangan kes pertikai bidaan WWW 1

KLUANG: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijangka memberi keterangan kepada polis berhubung tindakannya mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Rabu ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sehubungan itu, dua pegawai polis dari Johor Bahru akan dihantar ke Perak bagi merekodkan kenyataan Mohammad Nizar di sana. Katanya, Mohammad Nizar sudah bersetuju untuk berjumpa polis Rabu ini, malah beliau turut dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff bahawa 39 kertas siasatan daripada 39 individu sudah selesai diambil.

"Siasatan polis juga akan selesai Rabu ini selepas kita mengambil kenyataan daripada Mohammad Nizar dan selepas itu kita akan menyerahkannya kepada pihak Peguam Negara untuk membuat pendakwaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra bersama penduduk di Taman Seri Lambak, di sini, semalam. Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak di negeri ini supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Mohammad Nizar yang memfitnah Sultan Johor menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membeli nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Hishammuddin berkata, tindakan menerusi saluran perundangan perlu diambil terhadap Mohammad Nizar bagi meredakan kemarahan rakyat.
"Suara bantahan dan kecaman ini datang daripada rakyat yang sayangkan institusi beraja negara. Oleh itu, saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya jangan sesekali memperkotak katikkan institusi beraja kita.

"Saya sendiri akan memantau kes ini yang disiasat mengikut Akta Hasutan. Saya minta semua pihak supaya bersabar dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tugas mereka dahulu," katanya.

Di IPOH, Pemuda PAS Perak mendakwa kenyataan Mohammad Nizar di dalam Twitternya mengenai isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1, berharga RM520,000 disebabkan terpengaruh dengan laporan akhbar Kosmo.

Susulan itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al Hiss bersama beberapa wakil Pemuda PAS negeri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Quote :
Pemuda PAS Perak mendakwa kenyataan Mohammad Nizar di dalam Twitternya mengenai isu bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1, berharga RM520,000 disebabkan terpengaruh dengan laporan akhbar Kosmo.

Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Lanjutan Datuk Nizar komen bidaan Sultan Johor
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Baginda Sultan Johor komen tentang pemberian darjah Kebesaran dan Pingat
» Johor Sultan is owner of number plate WWW 1
» Johor: 9 tahun masih tak siap
» Perbicaraan kes Bunuh Dirang di johor bahru
» Johor tamat menjual air kepada Singapura

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: