KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Parti Pekerja Sarawak mahu bertanding lawan calon BN?

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Parti Pekerja Sarawak mahu bertanding lawan calon BN? Empty
PostSubject: Parti Pekerja Sarawak mahu bertanding lawan calon BN?   Parti Pekerja Sarawak mahu bertanding lawan calon BN? EmptyTue Jun 05, 2012 10:29 pm

SWP tetap mahu lawan calon komponen BN

KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP), parti yang baru ditubuhkan terus berdegil dan enggan menerima nasihat Datuk Seri Najib Razak kelmarin iaitu parti yang mendakwa 'mesra Barisan Nasional (BN)' sepatutnya menyokong calon BN, bukan menentang.

Kedegilan itu terserlah apabila Presiden SWP, Larry Sng semalam tetap berkeras mahu bertanding menentang calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) - salah satu parti komponen BN negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
“Kami tetap dengan pendirian bahawa kami akan bertanding hanya di kawasan yang diwakili PRS dan selepas menang, kami akan mengundi bersama wakil BN di Parlimen.
“Ini tidak akan memberi kesan kepada nilai politik peringkat negeri dan Pusat. Sejarah pernah membuktikan kesediaan BN menerima parti pembangkang seperti Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam komponen BN.

“Jadi kami tetap akan bertanding dan saya sama sekali tidak terkejut dengan komen Perdana Menteri," katanya yang kini berada di luar negara, ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Najib ketika lawatan ke negeri ini mahu rakyat Sarawak hanya memberi sokongan kepada calon BN dan bukan mana-mana calon yang mendakwa 'mesra BN' tapi bertanding menentang calon BN.

Menurut Perdana Menteri, tidak logik sama sekali, tak ada rasionalnya dan tidak konsisten dakwaan SWP yang sepatutnya menyokong semua calon BN jika benar 'mesra BN' bukannya menentang calon BN.
Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selaku Pengerusi BN negeri turut mengeluarkan kenyataan serupa bahawa SWP bukan parti 'mesra BN' dengan pengundi diminta mengundi hanya calon BN.

Sementara itu, Presiden PRS, Tan Sri Dr James Jemut Masing, berkata semuanya sudah sangat jelas dan tiada lagi sebarang keraguan bahawa kedua-dua Perdana Menteri dan Ketua Menteri berdiri teguh di belakang PRS selaku salah satu parti komponen BN.

"Perdana Menteri sudah mengatakannya... Ketua Menteri juga sudah menyatakan dengan jelas. Apa lagi yang saya nak kata," katanya.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah yang enggan mengulas lanjut berkata, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai perkara itu hari ini.

PRS diperuntukan enam kerusi Parlimen, selain 14 kerusi untuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tujuh kerusi
untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan empat kerusi untuk Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Parti Pekerja Sarawak mahu bertanding lawan calon BN?
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Calon-Calon Anugerah Bintang Popular 2010
» Kemerosotan ekonomi, Pembuangan pekerja.
» 15 Minit lawan Kudrat Mak Nyah
» Pelajar Pintar Nekad mahu berkahwin
» Kedai 1Malaysia mempunyai harga sama semenanjung malaysia Sabah Sarawak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: