KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Dr Mahathir gesa kaji Sistem Pengajian IPT

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 431
DUIT gempakZ : 865
REPUTASI : 0
Join date : 2008-12-30
Age : 39
Location : Johor negeriku

Dr Mahathir gesa kaji Sistem Pengajian IPT Empty
PostSubject: Dr Mahathir gesa kaji Sistem Pengajian IPT   Dr Mahathir gesa kaji Sistem Pengajian IPT EmptyTue Jun 05, 2012 10:31 pm

Tun Mahathir gesa kaji pengajian IPT

CYBERJAYA: Kerajaan diminta mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan bagi memastikan ia relevan dan mampu memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja pada masa depan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata langkah itu perlu kerana sistem pendidikan di Malaysia diwarisi daripada penjajah Inggeris yang memberi penekanan terhadap aspek akademik (teori), berbanding latihan praktikal.

“Kita boleh lihat wujud perbezaan ketara antara pembangunan industri automotif kini menjadi sektor perindustrian terbesar di Jerman berbanding di Britain yang hampir lenyap.

“Saya berpendapat pendekatan digunakan Akademi KRU ini sesuai dan menjadi contoh atau model baru untuk menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan,” katanya selepas merasmikan penubuhan Akademi KRU di sini, petang semalam.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar turut diumumkan sebagai Ahli Panel Penasihat KRU Akademy bersama lima pakar dari luar dan dalam negara.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata beliau bersedia dihadapkan ke mahkamah sekiranya pihak pembangkang mempunyai bukti kukuh bahawa beliau terbabit dengan skandal penyelewengan wang ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin veteran DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, baru-baru ini bahawa Dr Mahathir khuatir jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya, skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya akan didedahkan.

Mr.PINGU: setuju. Kalau boleh dilebihkan praktikal daripada exam based
Back to top Go down
https://gempakz.forumotion.com
 
Dr Mahathir gesa kaji Sistem Pengajian IPT
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Tun Dr Mahathir Ramalkan BN akan menang PRU13
» MIC kaji kedudukan dalam BN
» Surat Pembaca: Kaji semula syarat layak pemilihan guru lelaki
» Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand
» Universiti Teknologi Malaysia - FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT (FSKSM)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: