KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand Empty
PostSubject: Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand   Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand EmptyTue Feb 26, 2013 6:05 am

Bagusla.. negara kita akan lebih selamat.. sebab kita pun tak tahu apa yang berlaku di sempadan..

Quote :
ATM tambah anggota kawal sempadan Malaysia-Thailand

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menambah bilangan anggotanya yang bertugas di sempadan dalam usaha berterusan mengawal keselamatan di kawasan itu, kata Panglima Markas Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

Beliau berkata, buat masa ini lebih 2,000 anggota tentera bertugas di kawasan sempadan secara bergilir-gilir dan berharap pertambahan itu dapat mengurangkan aktiviti tidak sihat.

"Di sini kita lihat banyak berlaku keluar masuk dan kita cari kaedah untuk kawal pergerakan orang ramai yang keluar masuk di sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kembara Duga Berbasikal Briged Sempadan Perlis-Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Briged Sempadan, Brigadier Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar, Panglima Markas Lapan Briged, Brigadier Jeneral Datuk Muhammad Zaki Hamzah dan Panglima Markas Enam Briged, Datuk Zulkapri Rahamat.

Sebanyak 350 peserta mengambil bahagian dalam program lapan hari itu yang turut disertai Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron dan beberapa agensi kerajaan persekutuan.

Azizan berkata, dalam mesyuarat bersama dengan Tentera Diraja Thailand minggu lalu, isu keselamatan sempadan turut dibincangkan dan Thailand berharap kerjasama keselamatan dengan Malaysia dapat dipertingkatkan.

Menyentuh mengenai peristiwa pengeboman di negara jiran akhir-akhir ini yang mungkin membabitkan anasir tertentu membolosi sempadan, beliau berkata tidak ada laporan kumpulan itu memasuki negara ini setakat ini.
"Setakat ini, tidak ada tangkapan dibuat di sempadan dan kita tidak menerima sebarang laporan berhubung aktiviti kumpulan terbabit di sempadan," katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta orang ramai yang tinggal berhampiran kawasan sempadan agar sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani aktiviti tidak sihat di kawasan itu.

ATM mengawal sempadan Malaysia-Thailand sejauh 647 kilometer dari Simpang Lima Mata Air, Perlis hingga ke Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan. -
BERNAMA
Back to top Go down
 
Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13
» Malaysia Akan Bantu Dialog Proses Damai Di Selatan Thailand
» Universiti Teknologi Malaysia - FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT (FSKSM)
» Mayat baby di thailand
» Elak terabai: Bekas tentera

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: