KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13

Go down 
AuthorMessage
Mr.PiNGu

Mr.PiNGu


Posts : 554
DUIT gempakZ : 1511
REPUTASI : 1
Join date : 2010-12-13

Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13 Empty
PostSubject: Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13   Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13 EmptyTue Feb 26, 2013 5:47 am

Jika Bn menang lagi ATM akan dapat skim baru yang mungkin jauh lebih baik daripada skim sedia ada. Kalau kalah tak taulah. Apa-apapun tunggu after PRU 13 ye untuk mengetahuinya. sabar.

Quote :
Skim perkhidmatan baru ATM dimuktamad selepas pilihan raya

KUCHING: Skim perkhidmatan baru bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dirumus selepas pilihan raya umum, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Beliau berkata, skim baru itu antara lain akan memberi perhatian kepada rintihan serta keperluan selain menaik taraf kehidupan warga ATM.

"Perdana Menteri sentiasa mendengar permasalahan warga ATM. Dasar yang kita rancang akan memastikan anggota kita ketika perkhidmatan berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum.

"Bukan saja perkara pokok seperti aset dan keperluan logistik yang perlu dipenuhi oleh ketiga-tiga perkhidmatan tetapi yang lebih penting anggota itu sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis dialog bersama warga ATM kawasan Kuching di Dewan Bukavu, Kem Penrissen, Batu 8, Kuching yang dihadiri 733 pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Turut hadir Panglima Markas 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dan Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Redzuan Baharuddin.

Sementara itu, Dr Abdul Latiff berkata, pengenalan dua syarat baru dalam pengambilan pegawai dan anggota akan mempertingkatkan kemahiran dan profesionalisme dalam ATM.
"Sudah sampai masanya ATM dijadikan profesion pilihan utama, kerana warga ATM perlu mengumpul semua kemahiran peperangan berdasarkan doktrin peperangan yang sudah banyak berubah," katanya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin baru-baru ini, berkata mulai tahun ini ATM akan melaksanakan syarat baru dalam mengambil serta melatih pegawai dan anggota sejajar dengan hasrat negara menjadikan pegawai dan anggota tentera bertaraf dunia. -
BERNAMA
Back to top Go down
 
Angkatan Tentera laut Malaysia akan dapat Skim Baru lepas PRU13
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Angkatan Tentera Malaysia tambah sistem keselamatan di sempadan Thailand
» Tun Dr Mahathir Ramalkan BN akan menang PRU13
» Faizal Tahir dapat Cahaya mata baru - Perempuan
» Hari Raya Tahun ini akan dihiasi "Wajah Baru"
» Malaysia Akan Bantu Dialog Proses Damai Di Selatan Thailand

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: PERBINCANGAN SERIUS :: ISU SEMASA-
Jump to: