KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Jom Register di KoMuNiTi GeMPaKZ ^_^
Borak-borak sambil berkongsi informasi.
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


> LAMAN PERKONGSIAN INFORMASI <
 
HomeLatest imagesRegisterLog in
Selamat Datang ke gempakZ. Mari join sembang-sembang disini

 

 ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular

Go down 
AuthorMessage
loritah




Posts : 40
DUIT gempakZ : 110
REPUTASI : 0
Join date : 2010-05-26

ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular Empty
PostSubject: ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular   ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular EmptyWed May 26, 2010 1:18 am

ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular Pix_gal0

SITI Nurhaliza dianugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena All Stars, Genting Highlands, malam tadi.
Muka baru mula serlah populariti: Remy, Tiz Zaqyah menang anugerah pelakon TV popular

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.

Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fauzana,
Berikutan kemenangan itu, beliau memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail 2.0L berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi. Siti Nurhaliza sebelum ini memenangi gelaran ABPBH edisi 1996/97, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2004.

Beliau juga mengekalkan populariti malam tadi apabila buat kali ke-13 berturut-turut mempertahankan gelaran Penyanyi Wanita Popular dengan mengetepikan pencabarnya Stacy, Yuna, Jaclyn Victor dan Mila.

Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2009 di Arena of Stars, di sini bertemakan Cetusan Warna dengan dihadiri hampir 5,000 penonton.

Hadir sama Pengerusi NSTP, Tan Sri Jawhar Hassan; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid. Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk Khadijah Ibrahim sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara tanah air selama 30 tahun.
Sementara itu, Nabil yang meraih gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH musim lalu mengekalkan kategori Artis Komedi Lelaki Popular.

Namun, Mawi yang pernah tiga kali menang Bintang Paling Popular gagal mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular yang diraihnya sejak ABPBH 2005 yang kali ini disandang Aizat dengan mengetepikan tiga calon lain iaitu Faizal Tahir, Akim dan Adam.

Aktor Que Haidar buat kali kedua memenangi Pelakon Filem Lelaki Popular, menewaskan Farid Kamil, Afdlin Shauki, Aaron Aziz dan Zul Huzaimy. Liyana Jasmay pula buat pertama kali meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular yang pada musim lalu dimenangi Maya Karin.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi bintang utama drama bersiri Nur Kasih iaitu Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Remy yang menang tipis dengan pesaing terdekatnya, Fizz Fairuz turut mengetepikan Aaron, Fahrin Ahmad dan Fizo Omar. Tiz Zaqyah pula mengalahkan Scha Alyahya, Noorkhiriah, Rozita Che Wan dan Fasha Sandha.

Kumpulan muzik Bunkface dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular. Juara program Mentor musim ketiga, Black menang Artis Baru Lelaki Popular, manakala penyanyi yang popular menerusi lagu Dan Sebenarnya, Yuna meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali kedua mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular. Pengacara terkenal, Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kelapan.

ABPBH 2009 ialah edisi ke-23 anjuran Berita Harian iaitu acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
Back to top Go down
 
ABPBH 2009: Siti Nurhaliza paling popular
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Zed zaidi kecewa Aaron Aziz memang Bintang paling Popular?
» Bibiografi datuk Siti Nurhaliza
» Dialah - Datuk Siti Nurhaliza
» Datuk Siti Nurhaliza dan Bayi Comel
» Props Siti Nurhaliza Kena Curi

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KoMuNiTi GeMPaKZ: Satu Komuniti Satu Hati :: FORUM ARCHIEVED :: RUANGAN SUKARIA :: MUZIK & SELEBRITI-
Jump to: